'Adik Beradik Tak Guna, Dah Kahwin Pun Menyusahkan Aku'
Basically, aku anak ke 5 dari 7 beradik. 1-5 perempuan. 6 & 7 lelaki. Hari aku lahir, adalah hari bapak aku kawen dengan perempuan lain kat siam. So mak aku bertarung nyawa sengsorang. Eversince that, mak aku cari duit sengsorang untuk besarkan kami 7 beradik. Mak aku cikgu. Bapak aku retired army. Kaklong, kakngah dengan kaklang aku setahun satu. Unfortunately, atok aku belah bapak aku paksa bagi Kakngah aku kat makcik aku yang takda anak. So Kakngah aku tak membesar dengan kami. Dia balik rumah kami masa dia dah darjah 6 kot.
Weekdays sekolah. Weekends meniaga kat pantai. Alhamdulillah, aku scorer dalam akademik. Sebab aku sangat nak merubah masa depan aku. Tapi aku kurang dapat perhatian. Sebab Mak aku masa tu macam tak suka aku. Sebab aku lahir masa bapak aku kawen lain. Akak atas aku dengan adik bawah aku trouble maker. Lari rumah. Lari kolej. But both of them masa tu anak emas parents aku. Setakat batang penyapu, dahan bunga raya, batang paip tu semua aku dah biasa. Kena hantok kepala kat dinding. Semua tu bukan sebab aku sendiri. Sebab Mak aku tak boleh terima akak aku dengan adik aku jahat, buat benda tak elok. So, Mak aku lepaskan kat aku. Pernah akak aku nak lari kolej berhenti belajar, dia bagitau kat aku suroh aku bagitau mak aku, bila aku bagitau mak aku, aku kena lempang depan orang ramai kat kedai. Sebab Mak aku kata aku bawak mulot and tak percaya.
Akak atas aku dengan adik bawah aku tu apa je diorang tak buat. Air kencing setan, syabu, jadi bar tender, dok edar ganja. Banyak kantoi dengan aku. Bila aku cuba bagitau mak aku untuk prevent benda tu jadi lagi besar, aku yang kena marah kata bawak mulot pasal diorang. Both of them memang manja. Diorang tau masa tu my parents wouldn't be in my side. Adek aku nak camera mahal, motor mahal semua dapat. Lepas accident tukar motor. Bukan sekali dua. Lari rumah bukan sekali dua. Akak aku tu merokok till now. Amek barang till now. Anak dah 3. Pernah dia lari rumah. Bertahun lamanya. Balek bawak laki tua buat suami. Lelaki yang lagi tua dari parents aku.
Akak aku num 4 tu dok dengan akak aku num 3 kat Cheras dulu. Even dah kawen pon. So kehidupan senang akak aku num 4 tu tak sampai beberapa bulan pon. Lepastu suami dia banyak tipu duit Kaklang aku sampai berpuluh ribu. But still my 3rd sister still in their side sebab? Sebab dia single dan anak anak my 4th sister tu lah tempat dia melepaskan kasih sayang. Sedangkan masa susah dulu dok meniaga kat pantai, akak num 4 tu memang selalu lari sebab taknak tolong Mak kat kedai. Lari rumah jantan lah, lari ke mana tah. But she claimed during our hard days, dia lah yang ada masa tu.
Sedangkan masa susah dulu, Kaklong aku tu dok balek tinggal kelas masa kolej, tolong mak aku kat kedai. Dan dan dan, 3rd sister belajar kat utara jarang balik. Yang selalu ada dengan mak aku, Kaklong, aku yang selalu kena bantai siang malam, dan adik aku. Adik bawah aku pon selalu mengelat. Tau nak duit je. 3rd sister lepas habes belajar mmg banyak bagi duit kat Mak. Sebab dia kerja besar sikit. Kaklong kawen dengan askar. Laki Kaklong sangat baik even sebelom kawen pon bersusah tolong kami kat kedai. But my 4th sister claimed that her husband yg banyak tolong kami.
Aku dalam family tak banyak bercakap. Atas apa yang terjadi aku banyak memencilkan diri. Aku ada record psychiatrist atas tekanan semua tu. But still letak academic as my priority. Tu je cara aku nak ubah kehidupan aku. No matter what.
Adik beradik aku semua, semua pandai pandai. Especially my 3rd sister. Dia masok asrama since form 1 sampai habes degree. Aku masok asrama masa form 4. So paling banyak tolong mak aku masa tu, Kaklong aku. 4th and the 6th selalu mengelat. Lari rumah. Merempit. Sayang. Otak pandai. Tapi akal tak cerdik. Atas alasan. Lahir dalam kalangan broken family. So buat masalah. Sedangkan aku dan akak akak yang lain ok je. Straight As in exam tu makanan kami. Cuma cerdik dengan tak je nak membezakan jalan. My 2nd sister pon salah pilih jalan jugak. Tapi dia boleh berdikari. But not the 4th & 6th.
2014 aku gadoh dengan the 3rd & 4th. So aku tak balek rumah. Mak aku pon blame aku. Setahun aku tak balek. Takda sorang pon cari aku. Sedangkan most of them tau aku tinggal kat mana. So aku tekadkan diri, parents aku percayakan aku, yang aku takkan buat benda bukan bukan. Yes. Ni tahun ke 6 aku dok kat tengah bandar. Alhamdulillah, belom lagi terjebak benda bebukan. So last year aku balek bawak segulung ijazah dan offer sambung master. Dari situ, parents aku mula bukak mata untuk aku. Dari situ baru aku rasa kasih sayang parents aku sepenuhnya. Rasa dihargai. Dan parents aku cakap,
"Mak, ayah percayakan Acik."
Memula rasa tak adil. Masa the 4th & the 6th lari, semua orang cari bagai nak gila. Bila aku, takda orang pon amek tau. Mak aku kata, sebab aku tak lari. Ada ja kat situ dan dia percayakan aku. Aku bukan lari, tapi membawa diri mencari kejayaan.
So selepas setahun aku tak balek, bila aku balek, aku dapat tau the 4th dudok kat rumah mak aku beli. Parents aku dok quarters. Which rumah taman tu sebelah quarters je. Cikgu, kalau dudok rumah sendiri, dapat elaun rumah lebih kurang RM 500. But the 4th dah lah dudok rumah Mak aku, tak bayar sesen pulak tu. Duit laok? Jangan harap. Lagi Mak aku kena jual kuih jual ais krim Malaysia untuk apa tau? Bayar hutang the 6th mostly.
Pertama kali aku balek after a year, masa tu raya last year. Aku tau, yang 4th tu kena halau dari rumah kat Cheras sebab laki dia tak bayar sewa rumah dan diorang memang tengah tersepit tanpa duit. Mana lagi nak merempat? Dan dia tau rumah Mak aku dah siap, dan takda sesiapa dudok lagi, so mengambil kesempatan. The 3rd memang dah chaw awal dari rumah yang dia dudok sekali dengan 4th. Sebab abang ipar aku tu banyak masalah. Even dia tipu duit akak aku num 3 tu almost RM 50k. Which till now pon belom settle. Yeah, yet, depa still rapat. Sebab? Sebab my 3rd sister tu sangat rapat dengan anak anak the 4th. Dia kan single. So kena baling dengan tahi ke. Kena tipu ke. Dia macam tak kisah (kot).
Bulan 8 last year, aku gadoh besar dengan adik aku bawah aku, yg the 6th tu. Lelaki. Belajar setakat tingkatan 3. Pandai. Tapi sia siakan kehidupan. Bergaul dengan entah mana mana manusia. Menggunakan alasan "broken family" untuk hancurkan masa depan sendiri. Merempit. Amek "barang". Jual "barang". Tu semua dalam darah dia. Allah. Malu. Dia dah berkawan dengan sorang perempuan yang usia dia jauh lebih tua dari aku. Dia umor 22. Perempuan tu 28. So last year gadoh besar sebab perempuan tu fitnah Mak aku, bawak mulot sampai adik aku gadoh besar dengan Mak aku. Memang aku sound abang betina tu suroh dia amek adik dia yang merempat kat kampong aku dah bertahun lamanya tak balik rumah sendiri. Merempat kat mana? Tu. Rumah yang the 4th dudok. Mak aku jugak yang menebal muka dengan jiran jiran. Lagi nak fitnah Mak aku macam macam.
So gadoh besar sampai the 6th tu cakap dia tak mengaku aku akak dia. Kau bayangkan. Adik yang manja, yang apa saja dia nak, dapat, boleh jadi that aggressive sebab that bitch. Memang bitch pon. Pegi memana pon perangai bitchy gila. Itu orang yang cakap. Yang paling tak boleh bla, betina tu dengan tak malu boleh keluar statement "Kau tak balek kampong setahun, apa yang kau tau?". Masa tu Mak aku back up aku,
"Dia tak balek setahun, satu sen dia tak mintak duit kat aku. Dia tak balek setahun dia balek bawak ijazah"
Aku sebak. Kau tahu. 24 tahun aku tunggu makbapak aku appreciate aku. Nampak usaha aku.
So okaylah. Memang 6th tu tak bertegur sapa dengan aku. Tak kisah sangat. Kalau baik pon asyik nak paw duit. Krisis bermula bila 4th mewar warkan nak buat open house raya haji last year. Dalam tu ada Kak Long and the rest of our siblings. Kak long just cakap,
"Tak dapat balik, abang Y kerje"
Yang mana Kak Long aku memang hantar mesej jenis sepatah sepatah. Dahhhh si num 4 ni kata Kak Long aku ni tak bertanggungjawab lah apa lah. So 4th mengadu kat Mak aku pasal WhatsApp tu. Mak aku pon cakap lah Kak Long nak balik macam mana, laki dia kerja. Know what, dengan selamba nye, 4th tengkik Mak aku,
"Eh Mak ni, nak back up dia lah tu"
Fffff. Mak aku sebenarnya dah start sentap kat situ. YES. Sebagai anak dan adik yang selalu ada dengan Mak aku dan Kak Long aku masa kami meniaga, aku rasa dia tak patot cakap macam tu. Sebabnya, sebelom Kak Long kawen, dia terlalu banyak berkorban tenaga untuk adik-adik. Yang num 4 tu? Lari. Asal bukak kedai je lari. Rumah jantan la. Ke mana entah. Sampai Mak aku jalan kaki pegi cari dia. So dia sebenarnya tak patot untuk mempertikaikan tanggungjawab anak anak lain.
Dia pon rasa sangat menyumbang tanggungjawab sebab dudok dekat dengan Mak aku. ITUPON sebab dudok rumah Mak aku. SECARA PERCUMA. So aku masa tu diam lagi. Sebab nak buat open house kan. Malam masa open house tu, buat kat rumah mak aku yang 4th dudok tu. Mak aku taknak pegi. Sebab betina adik aku tu nak datang. Mak aku malas nak memanaskan keadaan. Dan dia dah tersentap kena sound dengan the 4th siang tadi pasal Kak Long aku. So aku pon pegi lah. Pegi pegi, before mula open house tu, 3rd dengan 4th dok mendabik dada dok kata, kalau depa takda, takda sapa nak tengok Mak lah, nak tolong Mak lah. I was like, WHAT? Sampai claim Kak Long tak bertanggungjawab tak amek tau pasal family lah, itu lah iniliah, sampai kan my youngest brother, yang masa kecik kecik dulu memang the closest one dengan Kak Long boleh termakan kata kata hasutan diorang. Aku dengar macam tu, lepas makan aku bla. Sebab panas telinga.
Fffff. 4th tak layak cakap macam tu. Sebab dia lepas SPM lari rumah. 2 tahun. Balek tak duit lagi lah haram bagi. Balek balek, bawak jantan tua buat laki. Tu pon lepas kawen selalu berulang balek tengok Mak sebab apa tau?sebab dia dudok dengan the 3rd. Diorang takda kereta, so menompang kereta 3rd untuk balek. 3rd kan bujang. So dia memang almost every week balek kampong. Kau rasa kalau dia dok sendiri, dengan perangai dia macam tu dia balek? NO. Perangai memasing semua dalam poket aku. Lepas kena halau dengan tuan rumah, tak tau nak merempat mana, merempat rumah mak aku, lepastu nak claim dia bertanggungjawab atas MakAyah? Damn it. Jauh panggang dari punggung.
Esoknya, 4th turun rumah Mak aku, lepastu datang macam cari gadoh, dok tanya Mak aku kenapa tak turun semua. Mak aku cerita lah kenapa. Tapi kalau kau dengar cara dia cakap dengan mak aku memang sumpah lah. Memang muka salut kulit babi. Lepastu acah acah mintak simpati sebab dia orang susah. Dudok rumah Mak aku tapi tak bekerja. Laki bini. Malamnya, 3rd nak balek KL, aku tak tau dia cakap apa kat mak aku, mak aku cakap apa kat dia before balik. Yang aku faham, 3rd ni memang dia akan back up 4th bermati matian. Sebab taknak hilang anak 4th tu. Dia nangis nangis masok kereta, adik bongsu aku nampak, lepastu dia naik rumah teros tumbok aku. Kau rasa apa aku rasa masa tu? Terpinga pinga. Sebab kena tumbok tetiba. HAHA! Bapak aku ada masa tu. Dia sambong bertumbok dengan bapak aku. Parents aku with me. Alhamdulillah.
Sampai kan, kami the rest of the family, menggelarkan 3rd, 4th, 6th, 7th ni G4 (Geng 4 beradik). Sebab some of the members tak mengaku aku adik beradik depa. HAHA! Aku tak salahkan adik bongsu aku. Sebab masa dia membesar, dia tak nampak how hard my eldest sister tolong Mak aku. Dia kecik lagi. Belom mula mengingat. 4th asyik lari dari rumah pon dia tak pernah ingat. Sebab memang masih kecik masa tu. So dia tu macam kena racun dengan "orang susah". 4th & 6th. Which both of them masa tu dok merempat rumah Mak aku TANPA KERJA. Tak malukan?
Out of almost 50k duit 3rd kena tipu dengan laki si 4th, 10k duit Mak aku. Sebab masa tu 3rd nak beli rumah, laki si 4th acah acah nak tolong, tapi tolong songlap duit. HAHA! Lepastu muka tak malu, dengan tak kerja nya, merempat rumah mertua. Dah lah lagi tua dari mertua. Sumpah tak malu. Lepas kejadian gadoh besar malam tu, depa dok kata aku membawak mulot lah, apa lah. Wallah. Takda benda yang aku bawak mulot. Siap ada claim kata aku balek bawak bala. HAHAHAHA! Siapa yang balek bawak bala? Aku siap balek buat kek coklat kukus jual kat sekolah Mak aku, duit bagi semua kat Mak aku tau. Siapa bawak bala? Yang merempat rumah Mak aku tu? Heh. Muka tebal. Bergadoh dengan orang tua. Still dudok rumah orang tua. Lepastu tak bayar sesen pon. Dan tak bekerja.
Mak aku mintak sewa rumah macam mintak simpati kau tau. Dah lah kena bayar hutang 6th tu banyak gila. Tapi depa still buat muka tebal. Last sekali Mak aku memang berbahasa kesat mintak kat laki the 4th tu duit 10k dia. Duit tabung haji kau tau. Binatang celaka punya jantan. Lepastu muka tak malu menempek rumah Mak aku siap bawak anak dia dengan bekas bini dia yang lain lagi dok situ. Bangang tak sudah. 4th pon macam celaka. HAHA. As stories goes by, aku memang tak bercakap dengan diorang. Bawak diri sendiri. Cari duit sendiri. Hidop sendiri. Balek pon sebab MakAyah je.
Bulan 10 ke 11 macam tu, betina adik aku claim dia pregnant anak adik aku. HAHA! Macam tak percaya. Sebab apa? Sebab sebelom tu dia kena kurung secara bergilir dengan 2 jantan lain. Kau rasa sebagai apa? Dan adik aku menjadi hero filem tamil selamatkan betina tu. Konon acah nak jadi bagus adik aku ni. Nak kawen dengan betina tu. Huhu. Walaupon Makayah aku till now bencikan betina tu atas mulot dia, makayah aku kawen kan jugak. (tak pregnant pon sebenarnya). Adik aku kawen free weh. Mak aku support semua. Memang aku sakit hati bagai nak gila. Ni manusia manusia yang claim diri orang susah lah apa lah, merempat rumah orang tua some more. Lepastu tak habes habes nak memerah duit orang tua. Blergh!
Dari bulan 1-3 Mak aku dok mintak sewa rumah kat the 4th. Even motor Mak aku diorang amek pon takda sesen bayar. Dengan tebal mukanya. Padahal masa tu tegor mak aku pon tak. Tapi pelan pelan adik bongsu aku dah mula bercakap dengan aku. Aku jenis pemendam. Ingat apa orang buat kat aku. Tapi bila orang dah slow down, aku malas nak panjang cerita. Lagipon adik bongsu aku tak bersalah. Dia banyak termakan kata kata simpati "orang susah".
So dalam bulan 5 macam tu aku malas nak berpanjang cerita, aku beralah. Pelok lah the 4th dan mula bercakap dengan the 3rd. Kebetulannya pulak seminggu lepastu aku kenal sorang hamba Allah ni, dan dia pon nak serius dan ajak bertunang as soon as dia balik dari China. Masa aku nak buat persiapan majlis aku untuk buat hantaran semua, ada lah the 4th tanya,
"Kau taknak menggunakan sedara ke? Taknak aku tolong ke buatkan hantaran?"
Aku sebenarnya semenjak bergadoh besar aku banyak gerak sendiri. Even dari kecik pon memang aku ada gap dengan adik beradik yg lain. Malas nak menyusahkan orang. Sebab aku tau end up akan ada yang mengungkit. Tambah tambah lagi 4th dgn 3rd tu memang spesis mengungkit. Tapi sebab masa tu dah berbaik, aku malas nak pepanjang cerita aku pon ajak lah dia pegi Nilai. Dan dia yang dengan muka tak malu suroh aku mintak duit kat tunang aku masa tu nak beli barang hantaran. Aku dah lah sumpah segan masa tu.
Basically, gubahan hantaran aku boleh buat sendiri. Sebab before ni pon pernah buatkan orang punya. Tapi sebab 4th offer diri nak tolong, aku pon bawak lah dia pegi nilai beli barang gubahan. Malam tu, masa nak menggubah, dia boleh pulak keluar ayat,
"Nanti kau hulur lah kat aku sikit, takdelah adik beradik lain mengata, kata kau menggunakan aku"
Kau nampak tak game dia nak duit macam mana? Aku masa tu rasa nak mengamok dah. Dia yang offer diri nak tolong, lepastu dah mula buat, mintak upah pulak. Kau tak rasa nak angkot semua barang barang tu? Lepastu mintak plus RM50 kalau tak cukup barang gubahan. Kepala hotak dia. Kau tau end up jadi apa? Burok gila gubahan dia buat. Duit entah ke mana. Membazir spend beratus ratus. Kalau aku tau aku dah lama buat sendiri. Kerja taknak laki bini. Lepastu tau nak mengikis duit sedara je. Last sekali aku pinjam dulang hantaran anak Mak angkat aku.
Yang the 6th pon lepas hampir setahun tak bertegur aku, last sekali dia tegur aku gak. Tapi untuk apa kau tau? Nak duit. HAHA! Perangai pattern sama kan dia dengan the 4th? Yes. Memang diorang sama. Cuma berbeza jantina ja.
Masa aku bertunang haritu, Kak Ngah aku dengan Kak Long aku sponsor goodies dengan kek tunang. Kak Ngah aku buat (dia memang ada bisnes home made bakery sendiri). Masa tu aku dah amek sample kuih raya dan ada few kawan aku order kuih raya kat Kak Ngah aku. Before puasa okeh. Standard lah kan.
Tapi yang the 4th ni pon nak buat kuih raya jugak. Tapi buat sample 2 minggu lepas puasa. Kau rasa siapa nak order? Tau sebab apa lambat? Sebab takda duit nak buat modal sample. Tu pon mintak kat aku. Aku kata takda. Bila dia dah siap sample, dia suroh aku tolong jualkan. Aku memang dah banyak order kat Kak Ngah aku. Tapi sebab AKAK PUNYA PASAL, nak tolong akak punya pasal, aku amek lah 2 balang kat dia. Sebalang almond london, sebalang tart tekap. Lepas dari tu aku busy dengan master research dengan kerja part time semua.
Jumaat (1/7) tengah malam pukol 1 pagi call mintak advance duit kuih. Gila ka apa. Nampak sangat terdesak nak duit. So hari Sabtu sebelom raya (2/7) aku balek amek kuih kat dia nak hantar kat orang. Ahad aku naik KL balik hantar kuih. Isnin aku pegi bank nak selesaikan duit Mak aku. Dia text aku suroh bank in kan RM50 duit kuih, nak beli baju raya anak takot tak cukup duit. I was like ffffffff. Aku cakap kat dia aku balek sekejap je lagi. Lagipon, lagi dia dok canang kata duit 50k tu ada sebelom raya. So aku assume, dia tak urgent pon nak 50 heng tu. Rupanya hancingggggg. Sampai marah aku, kata aku tak mintak maaf kat dia sebab lambat bagi duit kuih INSTEAD OF cakap terima kasih sebab tolong jualkan kuih dia. Tau dia end up balas apa?
"Kau ingat besar sangat jasa kau jualkan kuih aku setakat 2 balang?"
Celaka kan ayat dia? Tau aku buat apa? Aku pulangkan balek duit kat customer, aku amek kuih tu. HAHA! Memang tak besar jasa aku jualkan kuih dia yang 2 balang tu. Aku amek kat Kak Ngah aku 10 balang takda masalah pon. Tulah. Dulu dok kata Kak Ngah tu memacam. Sekali tuhan balek kat dia. Merempat tak sudah.
So lepastu aku teros balek kampong. Mak aku pegi amek laok. Bapaj aku kat masjid. Masa tu ada kat rumah, 4th, 6th dengan bini dia, dengan bongsu. Aku dok diam je. Cabot langsir cadar semua nak bawak pegi basoh kat dobi. Lepastu masa nak cabot cadar bilik depan, 6th baring atas tilam tu buat keras taknak berganjak. Aku tarik la pelan pelan sambil mintak hutang aku. Dah lah baik dengan aku sebab duit je. Lepastu bini dia yang bitchy tu hulur duit sambil mulot memekak,
"Banyak pulak ye hutang kite kat orang"
Betapa celakanya mulot betina tu. Lepastu yang the 4th pulak tanya,
"Duit kuih mana?"
"Aku dah pulangkan, kuih ada atas meja..."
Teros kena tumbok. Lepastu yang bongsu pon masok campor. Nak tahu kenapa at first bongsu masok campor? Sebab 4th pinjam duit dia 30. Janji nak bayar bila dapat duit kuih dari aku. HAHA. So kesimpulannya laki dia takda duit lah kan. Mana duit Mak aku 10k? Terok aku kena. Kena cekik sampai sekarang pon kadang kadang susah nak bernafas. Sampai kaki adik aku sebelah tahan peha sebelah tahan dada. Lepastu kena tumbok bertubi dengan manusia tak sedar dek huntong tu. HAHA. Kau tau, the 4th tu, bila takda duit pampers anak, mintak pinjam kat aku. Beli susu anak, pinjam kat aku. Beli laok nak makan pon pinjam kat aku. Berapa dia bayar? Satu sen pon belom lagi. Dari zaman dia jual kek lapis, laki dia tipu duit supplier, pinjam duit aku, takda pon yang berbayar lagi. Tapi sebab tak dapat 50 hengget tu sampai belasah aku tu paling kelakar. Lepastu kau tau, dia cakap dengan adik aku yang bongsu, aku order kuih kat dia 4 balang, lepastu cancel last minit, menambah baran adek aku belasah aku. Last sekali aku tunjuk bukti aku memang order 2 balang sahaja. Dia memang jenis mulot terok.
Bila 3rd sampai dengan Mak aku, 3rd biasa lah. Dia walau macam mana kena kencing sambil berlari pon dengan family 4th,tetap akan back up. Sedangkan dia tak tau, banyak benda yang 4th sorok dari dia termasok amek "barang" lagi. Tapi depan orang, memang si 4th tu pandai main drama. Air mata. Gigil gigil acah acah orang aniaya dia. Padahal mulot. Fuhhh. Sampai ke makck pakcik semua tau aku tak balek setahun sebab gadoh. Tapi tak nak pulak dia cerita di sebalik tu.
Malam konon nak table talk nak bagi settle masalah. Dia dok pertahankan point dia kata aku padam mesej la, aku cakap lain dari lain la, aku tipu lah. Padahal each mesej dia aku tak padam dan ada bukti. Orang macam tu, kalau dia bercakap dengan kita pon, kena record. Sebab dia suka putar belit apa yang orang cakap. Acah acah malam tu dok tanya Mak aku apa yang Mak aku tak puas hati boleh cakap. Bila Mak aku cakap kau tau makhlok 2 orang tu buat apa? Tinggi suara dan cakap Mak aku back up aku lah, mak aku mengungkit lah. Padahal apa yang mak aku cakap masa tu adalah ketidakpuasan hati dia pada diorang sendiri yang mana diorang layan Mak aku macam sampah. Last sekali mak aku diam. Aku pon diam. Sebab? Sebab orang macam tu acah acah nak settle masalah, bila kita cakap point kita, dia tak puas hati. So kita pendam. Bila aku pendam, diorang kata aku berdendam. HAHA. Macam mana nak settle manusia macam ni? Dok rasa diri sendiri ja betol. Orang semua salah. Lepastu takda apa yang settle pon malam tu. Acah acah settle je.
Pagi raya masa dok salam salam tu, si 3rd dok kata dengan aku soh aku bersabar la, jaga mulot la bla bla bla. What the heck? Padahal adek kesayang dia tu yang perlu jaga mulot. Jangan sebab dia orang susah, dengan mintak simpati orang, orang boleh makan simpati dia, orang lain yang kena. Aku diam je. Bila salam dengan the 4th, dia kata pulak,
"Kalau ada tak puas hati cakap face to face,"
HAHA. See? Suroh cakap face to face. Tengok apa depa buat kat mak aku? Kau rasa kalau mak diorang boleh layan macam tu, inikan pulak adik. Lagilah.
"Pasal kau ngan aku kan dah settle. Haritu masa pegi Nilai kau dok cakap macam macam dari pukol 3 sampai 9 malam ada aku bangkang apa apa? Settle dah kan. Ni pasal kuih je.. "
Belom habes cakap beb. Belom. Dia hempas tangan aku dan cakap,
"Eh, kau ni tak habes lagi, tak payahlah nak bersalam salam"
KAHKAHKAHKAH! So macam mana nak cakap? Dah lah buat drama air mata mintak maaf kat makpak. Aku lepastu takda dah. Raya pertama je aku bawak mak aku berjalan.
Lepastu aku bawak diri sampai sekarang. Mak aku pon suroh aku bawak diri. Sebab apa yang aku rasa exactly the same as apa adik beradik mak aku buat kat Mak aku. Yang menyusahkan arwah nenek dan merebut harta arwah ni, adalah orang susah. Susah bukan sebab apa. Susah di cari sendiri. Malas kerja. Cakap besar. Aku ada appointment dengan doct untuk xray. Sebenarnya sampai sekarang masih ada rasa sakit. Terok aku kena belasah. 4 lawan satu beb. Aku tak melawan. Aku cuba mengelak dari kena terok. Mak aku yang dok pelok taknak bagi aku kena pukol pon kena tolak dengan diorang sampai terhempas kepala kat lantai. Doakan aku kuat untuk menjalani hari berikutnya. Aku sayang adik beradik aku. Tapi, ada dalam kalangan mereka yang tak amek pengajaran atas peristiwa yang dah berlaku.
Pengajaran dia, memang pelajaran tak menjamin gaji juta juta. Tapi ikot lah cakap makayah. Selagi kita ikot cakap makayah, InshaAllah selamat jalannya. Tolonglah, jangan buat makayah macam kuli. Cari duit habes bayar hutang anak. Anak anak dah kahwin beranak pinak pon masih nak menyusahkan makayah. Dudok rumah orang tua lagi. Mengangkang goyang kaki lagi. Janganlah dok gunakan alasan orang susah. Masa mak bagi belajar, lari dari kolej. Jadi bar tender la, apa la. Dah tua, beranak pinak, susah nak makan, masih nak salahkan makayah lagi?
Jangan gunakan alasan keluarga berantakan, so hidup kita terumbang ambing. Heh. Aku sebab life berantakan lagi lah aku nak keluar dari kepompong tu, dan nak cari life sendiri yang jauh lebih baik. Alhamdulillah, tunang aku sangat memahami aku. Sebab dia ada rasa jugak apa yang aku rasa. Dan aku bersyukur, Allah kurniakan buat aku, makayah yang pada akhirnya nampak aku siapa, kurniakan aku, tunang yang seperti aku dambakan. Doakan aku. Jodoh aku. Kehidupan aku.
Buat akak akak aku, dan adik adik aku. Aku sayang korang. Takpernah lupa saat kita susah bersama. Tapi tolong lah. Makayah semakin tua. Memang aku rindu zaman kita semua membesar. Walau hidup susah. Tapi seronok. Rindu. Sumpah aku rindu. Aku tak pernah membezakan siapa susah siapa senang. Sebab aku tau, itulah darah daging yang ada bersama masa tengah membesar, masa makcik pakcik dok hina. Bila dah besar. Dah kawen, kenapa kena berubah? Mulot tu.
4th, jangan dicanang tanggungjawab akak akak yang lain. Kau cuba hidup sendiri. Tanpa pertolongan sesiapa. Baru kau tau macam mana kau nak jalankan tanggungjawab kau. Kak long kak ngah tak kerja jugak tapi diorang boleh survive. Kak long alhamdulillah dapat suami yang mampu. Kak ngah ada bisnes sendiri. Kau? Kenapa perlu hina diorang. Siapa kau masa lampau? Kalau orang ungkit kau marah tak? Kau jaja cerita aku kat makcik pakcik. Sampai aku nak angkat muka pon malu. Ada aku cakap apa apa?
3rd. Kau tau, english aku masa SPM dapat A1 sebab buat essay pasal kau. Macam mana aku admire kau. How closed we used to be. Aku faham kau sunyi. Tapi itu bukan tiket untuk kau bersimpati pada orang susah sampai macam tu sekali. Apa salah aku pada kau?
6th, kau dah berbini. Cukuplah mintak duit kat mak. Hutang kau banyak mak nak kena bayar. Sampai bila kau nak buang adik beradik sebab bini kau yang tak serupa bikin tu? Kau anak sulung lelaki. Sampai bila kau nak berjudi, main benda kotor?
7th. Adik, aku dah explain semua kat kau. Tapi kau still pegang point "Ateh orang susah". Susah dia cari sendiri. Berubah? Kau kata dia nak berubah? Berubah bukan dengan menyusahkan orang tua lagi. Nanti, semakin kau dewasa, kau akan nampak. Aku tau kau jauh lebih matang dari abang kau. Jauh lebih boleh berfikir. Aku sayang kau, dik.
Aku? Aku takpa. Masih boleh jaga diri sendiri dan membawa diri. Doakan aku kuat.