Jawatan Kosong SPA Negeri Sarawak 2016 Terkini

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2016. Sedang mencari kerja kerajaan? Berita baik, terkini terdapat beberapa kerja kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Sarawak. Menerusi makluman Sistem Permohonan Kerja Atas Talian e-Recruitment, permohonan jawatan kosong di SPA Sarawak boleh dibuat secara online sebelum 2 Oktober 2016.

permohonan Jawatan Kosong SPA Sarawak 2016

Permohonan Jawatan Kosong SPA Negeri Sarawak 2016 Terkini

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting berkaitan permohonan jawatan kosong SPA Negeri Sarawak bulan September/ Oktober 2016.

Syarat/ Panduan Permohonan

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  3. Berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan
  4. Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah
  5. Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-recruitment masing-masing
  6. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian melalui e-Recruitment
  7. Syarat dan cara memohon jawatan dalam e-Recruitment boleh dirujuk di Cara Memohon

Senarai Jawatan Kosong

Berikut adalah senarai kekosongan jawatan di SPA Negeri Sarawak terkini :-
  1. Arkitek - Gred J41
  2. Jurutera - J41
  3. Pegawai Tadbir - N41
  4. Pegawai Penguatkuasa - KP41
  5. Pegawai Penilaian - W41
  6. Pegawai Kesihatan Persekitaran - U41
  7. Penolong Pegawai Penilaian - W29
  8. Penolong Pegawai Pertanian - GA29
  9. Penolong Pegawai Penguatkuasa - KP29
  10. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) - JA19
  11. Pembantu Kemahiran - H19
  12. Pengawal Keselamatan - KP11 
Untuk maklumat lanjut setiap jawatan, tangga gaji minimum/ maksimum, syarat lantikan dan sebagainya boleh dirujuk di VACANCY.

SUMBER : e-Recruitment Sarawak

Kepada mereka yang layak dan berminat dengan jawatan kosong ini, selamat memohon. Semoga anda berjaya dalam permohonan Jawatan Kosong SPA Negeri Sarawak 2016 Terkini.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel