Misteri Kaum Kenit Hobbit Pupus Mengejut Di Kepulauan Flores
Satu kajian terbaharu mendapati spesies orang kenit terkenal di pulau Flores yang juga digelar sebagai Hobbit telah pupus lebih lama daripada yang dijangkakan oleh ramai saintis antarabangsa sebelum ini.
Penyelidik berkata, pengiraan semula usia tulang spesies yang dinamakan sebagai Homo floresiensis dan ditemui di dalam sebuah gua di pulau tersebut merekodkan mereka sudah pupus kira-kira 50,000 tahun lalu.
Ini berbanding kiraan 12,000 tahun se�perti jangkaan asal sebelum ini. Penemuan manusia kenit Hobbit pada 2003 lalu oleh pakar arkeologi Indonesia, Thomas Sutikna pernah mewujudkan sensasi saintifik ketika itu.
Homo floresiensis mempunyai ketinggian cuma 106 sentimeter, bertubuh kecil, mempunyai saiz otak sama seperti cimpanzi, menggunakan peralatan daripada batu dan mungkin memburu gajah pigmi sebagai makanan.
Menurut penyelidik, tiada bukti langsung menunjukkan Hobbit ada bertemu manusia moden, namun dinyatakan bahawa spesies manusia kini telah mendiami pulau-pulau lain di rantau Nusantara sekitar waktu tersebut.
Kumpulan pertama manusia dipercayai telah tiba di benua Australia kira-kira 50,000 tahun lalu sebelum tersebar luas ke seluruh kepulauan alam Melayu rantau Asia tenggara dan gugusan pulau di selatan Lautan Pasifik.
Ahli kronologi geografi, Bert Roberts daripada Universiti Wollongong, Australia berkata, kajian tidak menolak kemungkinan manusia moden memainkan peranan utama kepada kepupusan manusia Hobbit itu sendiri.
Isu kontroversi itu akan menjadi fokus utama penyelidikan seterusnya. Saintis sebelum ini merumuskan Hobbit lenyap akibat sumber makanan iaitu gajah pigmi pupus secara misteri serentak dengan haiwan-haiwan lain.
Jurnal penyelidikan antarabangsa Nature dalam keluaran 30 Mac lalu mendakwa, Hobbit mungkin sebahagian daripada spesies Homo erectus atau malah Homo sapiens yang mengalami kecacatan tubuh fizikal.
�Bagi saya, persoalannya ialah adakah Hobbit akan �hilang� jika manusia moden tidak pernah menjejaki pulau Flores? Dan jawapannya adalah tidak. Kami percaya ada faktor penentu dalam kematian mereka.
�Bagaimanapun kami masih perlu mencari bukti kukuh untuk menyokong dakwaan ini,� kata Roberts. Banyak haiwan kebetulan telah pupus sama di Flores pada masa itu, kata ahli antropologi paleo, Matt Tocheri.
Pakar daripada Universiti Lakehead, Kanada itu berkata, ini termasuk spesies gajah mini purba, burung botak marabou gergasi, burung hering dan cicak naga Komodo gergasi.
Sejarah �Hobbit� Ditemui Selepas 10 Tahun Diburu
Para saintis mengemukakan penemuan fosil terbaharu di Indonesia, yang didakwa telah membongkar sejarah nenek moyang dari susur galur �Hobbit� yang kini telah pupus, selepas usaha pencarian lebih 10 tahun.
Hobbit yang mempunyai ketinggian lebih rendah daripada manusia, pada umumnya ditemui selepas penelitian lebih dari satu dekad.
Fosil Hobbit ditemui di sebuah gua dengan usianya dianggarkan kira-kira 700,000 tahun.
Pada 2014 saintis mengemukakan enam gigi dan serpihan rahang yang ditemui kira-kira 46 batu dari gua di mana sisa-sisa Hobbit pertama ditemui.
Penemuan ini dijelaskan dalam dua makalah yang dikeluarkan jurnal Nature pada Rabu lalu (1/6/2016).
BACA INI JUGA: Manusia-manusia Bertubuh Kerdil Yang Menjadi Lagenda
Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA
Gambar hiasan.