'Awak Tak Nak Bayi Ini Ke?'
"Doktor, ada case dari resus. Induce abortion," kata senior nurse.
"Oh, okay," jawabku sambil kepala ligat berfikir.
Tidak lama selepas itu, patient sampai PAC, aku mula membelek resus notes.
"18 year old, unmarried, student. Took misoprostol per vaginally 5 tablets last night and 4 tablets this morning. Misoprostol given by partner. Presented to hospital today, due to pain".
Brief history yang membuatkan aku terbayang betapa dahsyatnya manusia. Dalam kepala aku pada masa itu, baby mesti sudah tiada, mesti sudah gugur. 9 biji misoprostol in less than 12 hour gap. Bila tengok scan result, "Fetal heart activity seen".
Mata aku kabur, pipi aku panas. Mati-mati aku ingat baby sudah tiada. Tetapi nak cakapnya, tiada setitis pun darah yang keluar. Betapa Allah nak menunjukkan kuasa Dia hari ini di depan mata aku. Betapa rakusnya manusia mahu membunuh bayi di dalam rahimnya, takkan terdaya kalau Allah mahu bayi itu terus hidup.
Dan aku just tak boleh tahan takung dada bila aku terbayangkan baby itu di dalam perut. Benda bernyawa weh! Apa dia rasa?
Aku pun mula memeriksa patient. Pakar pun tiba dan turut serta memeriksa. Aku tengok beberapa kali doktor pakar hampir hilang sabar bila patient macam acuh tak acuh tak nak jawab dan sesekali bersikap biadab ketika menjawab soalan.
"Kita nak tolong awak ni, awak kena jawab soalan. Apa nak jadi dengan awak ni? Mak ayah awak tahu tak ni? Awak tak nak bayi ini dah eh selepas ini? Rahim awak boleh pecah tahu tak? Kami sebagai doktor nak guna ubat ini pun takut," kata doktor pakar itu.
Kemudian patient discan sekali lagi. Again, fetal heart activity seen. Cukuplah moment sekejap ini untuk tunjuk kepada aku betapa Allah itu Maha Berkuasa.
Tidak lama selepas itu, patient naik ward. Aku dengar berita dari ward, baby itu selamat dilahirkan. 24 minggu (6 bulan), sudah cukup sifat pun. Tetapi kawan aku kata kondisi baby semakin lemah dan lemah.
Kasihan baby. Kalau benar Allah mahu kau hidup, jadilah manusia dan belajarlah agama. Kalau Allah nak kau pergi, pergilah jauh dari dunia yang penuh dengan manusia yang tiada hati dan jiwa. Sebab saat kau dibunuh oleh mak ayah sendiri, Allah itu Maha Menyayangi. Rahmat Allah itu luas baby, walaupun seribu manusia membenci.
Dah tak mampu nak taip. Moga dosa tidak terbeban pada bahu sendiri. Yang Allah sudah berikan nikmat kefahaman agama and yet apa yang telah aku buat untuk umat ini?
Tidak cukup pun dengan hanya menjadi seorang doktor. Tidak cukup pun belajar pandai-pandai dan mendapat ijazah segulung. Balik kampung akhirat Allah akan tanya apa yang kau dah buat? Apatah lagi yang sudah disapa dengan tarbiyyah, dan apa yang kau telah buat?
Semoga hidayah sempat menyapa kita sebelum kita pulang kepadaNya. Dan moga Al Hadi sudi mempimpin langkah-langkah rapuh kita.
�Katakanlah: �wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.� (Az Zumar: 53)