Kanak-Kanak Perempuan Jatuh Terhempas Dari Tingkat Satu...

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas terjatuh terhempas pada ketinggian 3 meter, semalam. 

Dalam kejadian jam 6.30 petang di eskalator Kompleks Bukit Jambul semalam, mangsa yang berusia tiga tahun itu didukung oleh bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator.
Difahamkan, bapa mangsa dikatakan menundukkan kepalanya menyebabkan anaknya yang berada di atas bahu terjatuh terhempas ke tingkat bawah berhampiran eskalator.

Mangsa kemudian diambil oleh seorang lelaki berbaju oren. Difahamkan, mangsa masih bernyawa dan kini berada di wad ICU, Hospital Pulau Pinang

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel