'Azie, Abang Datang Ni. Abang Rindu...' - Dulu Abah Selalu Bawa Ziarah Kubur Arwah Ibu, Sekarang.....

Seandainya anda masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka. Biarlah mereka membebel dan menyusahkan anda kerana suatu masa kelak anda akan merindui segala karenah mereka. 

Rumah yang dahulunya riuh, pasti akan menjadi sunyi tanpa mereka. Hanya kenangan saja yang mampu mengubat rasa kerinduan di hati. Setiap kenangan pasti akan membuatkan anda menitiskan air mata. Hargailah ibu bapa anda. Sedih baca luahan Nur Farah Aquila ini. 

Dulu masa belajar, setiap kali cuti mesti balik JB. Setiap kali balik JB, hari-hari setiap petang, abah akan ajak pergi ziarah kubur arwah mak. Tiap kali sampai kubur arwah mak, mesti abah ajak bersembang. 

Abah cakap pada mak, "Azie, abang datang ni dengan Angah dan Adik. Along tak dapat ikut," "Azie, abang datang ni, esok Angah nak balik ke kolej dah," "Azie, abang datang ni. Abang rindu". 

Tiap kali ikut abah pergi ziarah kubur arwah mak, mesti aku terdiam. Nak menangis pada masa itu pun tak boleh, tahan saja. Tetapi itu dulu. Sekarang ini, abah pun dah ikut mak tinggalkan angah seorang-seorang. Angah rindu pada mak dan abah. 

Dulu masa mak menghembuskan nafas terakhir, Angah ingat abah akan ada dengan Angah sampai bila-bila. Tidak laam selepas setahun mak pergi, abah pun pergi ikut mak. 

Kenapa mak abah pergi dulu? Tak tahu ke Angah tak boleh kalau mak dan abah tak ada? Abah dan mak tak tahu ke? Satu-satunya anak perempuan dia ini gembeng a.k.a kuat menangis? Tiada sesiapa dah nak tolong urutkan kepala Angah malam-malam buta. Tiada sesiapa dah nak bangun malam-malam buat naik ke atas semata-mata nak pujuk Angah menangis sebab sakit perut. Tiada sesiapa dah yang akan melayan karenah anak perempuan mak dan abah ini ha. 

Aduh sedihnya. Mak abah nak tahu? Rumah ini dah menjadi sunyi tanpa mak dan abah. Sunyi sangat-sangat. Dah lama tak dengar mak membebel, dah lama tak solat berjemaah satu keluarga. 

Hahaha! Makin panjang taip, makin mengalir air mata ini. Okaylah. Al-fatihah untuk arwah mak dan abah. 13/3/2014 & 25/9/2015

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel