Aktiviti �Susukan Suami�, Terlampau Kebudak-Budakkan � Mufti
BARU-baru ini, masyarakat Malaysia telah �dihiburkan� dengan sebuah video viral memaparkan aksi isteri menyusukan suami dalam sebuah acara sukaneka di Kelantan.
Video yang disifatkan lucu tersebut turut mendapat perhatian Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Menurut beliau, aktiviti menyuap suami dengan botol susu konon mahu mencipta kasih sayang sebenarnya dilihat sebagai terlalu kebudak-budakkan.
Jelas Mohamad Shukri, ada bermacam cara suami isteri boleh dilakukan untuk mempamerkan kasih sayang.
�Harap suami isteri meluahkan rasa kasih sayang sebagaimana yang dianjurkan Islam antaranya mandi bersama, suap-menyuap makanan dan bergurau senda.
�Biarpun isteri jirus air pada suami, ia tidak termasuk dalam sikap kebudak-budakkan kerana ada batas-batas yang perlu dipatuhi, antaranya tutup aurat dan tidak dedah keintiman pada khalayak awam,� katanya kepada Sinar Harian.
Video yang ditonton lebih RM2 juta netizen ini mendapat pelbagai reaksi netizen sejak ianya dimuat naik di laman Facebook.
Rata-rata netizen menyifatkan, acara ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan tidak kurang juga yang menyelar sebagai �aktiviti memalukan�.