Bapak Aku Yang Hensem!

Bapaku Yang Belum Sedia Untuk Settle Down
Tujuan saya share cerita ni di sini bukanlah utk cari penyelesaian. Sebabnya, kami adik beradik dah bertahun brainstorm utk cari penyelesaian, tapi gagal. Makanya, kami sekarang cuba utk redha, begitulah kejadiannya bapa kami yang tersayang dan tak putus berdoa Allah akan berikan juga hidayah kepadanya suatu hari nanti.

Bapa kitorang ni hensem. Memang dari zaman mudanya, dia memang hensem, dan digilai ramai. Bergaya, sweet talker, pandai, sopan santun, penuh charisma. Jadi tak hairanlah kalau zaman kitorang masih kecik dahulu, mak kitorang jenuh pening menahan hati perasaan dengan aweks2 yang tak henti nak ngorat bapa kitorang. Yang makan hati tu, sebabnya bapa kitorang ni jenis melayan. Be nice lah kononnya.

Mak kitorang ni pulak contra. Walaupun mak kitorang ni cun, lawa, awet muda, dan pandai, tapi, mak kitorang ni jenis down to earth. Gaya biasa2 je, tak adalah selekeh, tapi tak adalah vogue. Biasa je. Masa kitorang kecik dulu, bapa kerja jauh. Baliknya jarang2. Bapa kitorang ni suka shopping. Suka tengok benda2 cantik. Jadi, masa dia balik aje, kitorang ada peluang nak makan luar, nak jalan2 shopping mall. Mak kitorang mmg takda minat shopping. Duduk rumah, buat kerja rumah, layan kitorang adik beradik. Oh lupa, mak kitorang kerja, bukan surirumah. Kiranya, masa cuti lah, kitorang tak ke mana pun.

Ok. Tu je sejarahnya. Supaya korang paham sikit cerita aku yang seterusnya ni.
Masalah timbul bila bapa aku ni dah tua. Kira dah masuk kategori senior citizen lah. Orang yang umurnya dah jauh lebih tua daripada umur orang pencen. Tapi, yang buat kami adik beradik susah hati ialah, bapa kitorang ni bila dah umur macam ni pun, masih tak boleh tinggalkan lifestyle dia yang dulu2. Masih nak bergaya, nak shopping barang2 mahal. Tu takperlaa lagi kan? Suka hati dia lah kan. Yang menjadi masalahnya, sifat dia yang suka melayan perempuan gedik pun dia tak tinggal !! Hoi, semput rasanya bila aku tulis ni. Semput weih! Semput!!!!

Lagi satu. Bapa kitorang ni walaupun dia suka shopping, bukan bermakna duit dia banyak. Dia nampak je macam banyak duit sbb dia suka bergaya. Tapi hakikatnya, nan hado. Mula2, dia cuba utk hidup seadanya dengan apa yg kami adik beradik mampu berikan sahaja. Tapi dia tak boleh! Makanya, dia pun kerja balik.

Awal tadi, aku ada mention kan, bapa aku ni cerdik pandai, hebat orangnya. Makanya, walaupun dah tua, masih ada orang nak amik dia kerja. Gaji lebat. Tapi disebabkan hobi dia yang suka berbelanja tu, gaji lebat pun tak ada maknanya. Kitorang adik beradik tak pernah amik tau macam mana dia belanjakan duitnya pun. Mak kitorang pun tatau. Sebab bapa kitorang ni boleh tahan baran kalau mak kitorang nak sebok tentang duit gajinya. Takpalah, kami adik beradik ni mulanya, tak kisahlah. Suka hati dialah kan. Duit dia, buatlah apa yang dia suka. Asal gembira.

Masalah timbul bila dia mula melayan perempuan gedik. Hoi, semput lagi rasanya. Aku memang tak boleh blah. Bapa aku ni, memang ada history kawin dua. Tapi bini barunya tu dah lama diceraikan. Tu kisah lama. Berpuluh tahun yang lalu. Ni kisah baru. Perempuan2 (yer, lebih dari perempuan) yang tergolong daripada staff bapa aku di ofis. Bukanlah company ni bapa aku yg punya. Kira bapa aku bos lah, bukan ceo.

Yang buat aku rasa semput ni, perempuan2 ni semuanya muda banyak dari kitorang adik beradik ni. Muda sangatlah, gegaya 20an lah senang cerita. Risau sungguh aku ni kalau bapa aku buat perangai nikah dengan perempuan gedik ni semua. Kalau bapa aku nak nikah dengan janda sopan santun tudung labuh, serius aku tak kisah. Happy lagi adalah, mana tau bini baru tu boleh bergabung tenaga dengan mak aku utk pujuk bapa aku insaf dan rajin2 ke masjid. Masalahnya perempuan gedik ok!

Tak rela laaaa nak ada perempuan gedik sebagai mak baru. Terbayang pulak kalau jadi macam drama2 swasta tu. Yang mak tiri berlagak diva. Tolonglah, kitorang adik beradik ni cuba utk jadi org2 baik. Tannaklah kalau ada mak tiri diva, nanti kitorang semua naik hantu.

Kesimpulannya daripada kisah aku ni, aku nak cakap. Aku sure sangat kisah bapa kitorang ni bukan kes terpencil. Mesti ada lagi. Takkanlah bapa kitorang je kan? Kan? Mustahil. No way. Jadi, kepada mereka yang senaseb, aku just nak ckp, you are not alone!
Kepada bapa2 yang cenggini peelnya. Mohon insaf segera. Buruk sangat perangai ok. Anak2 tak sampai hati je nak cakap. Sebab korang tu dah status bapa, takut nanti korang sentap, jatuh air muka bagai. Tapi serious, buruk perangai. Tolong insaf segera. Kesian anak bini. Ingat Allah banyak2. Anak bini sayang korang sebenarnya dan mahukan pengakhiran yang indah untuk korang. Tolonglah berikan kerjasama.
Kalau ada antara korang yang baca ni rasa macam adik beradik korang yang tulis, tak usahlah susah2 nak bertanya. Konfem aku tak mengaku. Hahahahaha!
Kalau korang pula rasa anak korang yang tulis ni, pun tak perlu susah2 nak sentap serang anak korang. Konfem diorang tak mengaku! Yang afdhalnya, kalau dah terasa, buatlah tindakan yang sepatutnya. Semoga hidayah itu akan jadi milikmu, bapa. Saya sayang bapa sangat2. Sebab tu saya tulis di sini. Dengan harapan, tulisan saya ada baiknya, dan semoga dengan kebaikan itu mampu menjadi asbab untuk Allah berikan hidayah itu kepada bapa. Insyaallah.
� Anak yang sayangkan bapa

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel