Isteri Kuat Kelepet Duit Sebab Suami Kedekut!


99.9% isteri akan menjadi ceti buat suami. Baik isteri itu bekerja atau pun surirumah sepenuh masa. Isteri ini satu sifat mereka yang selalu membuat lelaki hairan. Mereka memang terer bab 'kelepet' duit. Tak banyak pun, sikit.

Suami pula, kalau bagi isteri duit belanja, silap-silap nak sampaikan cukup bulan dah tanya.

"Duit hari tu ada lagi tak?"

Isteri ni dah faham sangat dah. Dihulur juga seringgit dua. Kalau isteri yang bekerja pula, memang selamanyalah terpaksa tanggung perbelanjaan bulanan. Tetapi isteri walaupun kadang-kadang hati itu berbunyi, tetap juga dihulur duit pada suami.

Ini kerana isteri selalu berfikir, "Duit biarlah berkongsi". Pada isteri, demi kebahagiaan rumahtangga, tak perlulah berkira.

Adakalanya isteri terpaksa 'kelepet' lebih sikit jika ada perancangan nak membeli tudung atau baju baru yang mana suami yang patut belikan. Tetapi isteri tidak kisah pun, alasan tak nak menyusahkan suami.

Jadi, suami bila ada rezeki lebih itu, janganlah kedekut. Hargailah sedikit pengorbanan isteri. Belikanlah hadiah buat isteri. Tak mampu beli barang kemas, cukuplah dengan sebentuk cicin belah rotan atau pun beg tangan kesukaannya.

Nanti bila terkena waktu 'sesak' perlukan duit, barang kemas itu juga yang suami akan pajakkan di kedai pajak. Ini tidak, kebanyakan suami bila ada duit lebih, beli sport rims dengan spoiler kereta dulu. Kehendak mereka diutamakan dulu berbanding memanjakan isteri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel