Jari Telunjuk Anak Berusia 6 Bulan Dalam Mulut Ular Senduk




Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa, Mohamad Muaz Fitri Mat Khaizuan, 1 (6 bulan), sempat dikejarkan ke Hospital Tengku Anis (HTA) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Ibu mangsa, Nur Farah Wahidah Ramli, 27, berkata, ketika kejadian itu berlaku di rumahnya di Kampung Gong Kulim, Semerak, mangsa tidur bersendirian dalam bilik di kedai runcit miliknya. Sementara itu, dia menidurkan seorang lagi anaknya yang juga kembar Muaz, Muiz Fitri yang demam di luar bilik tersebut.

Namun, tiba-tiba Muaz menangis kuat menyebabkan dia terkejut lalu bergegas masuk ke bilik dan melihat jari telunjuk kanan anaknya berada dalam mulut ular senduk hitam sepanjang setengah meter.

"Tanpa mempedulikan keselamatan diri, saya terus merentap dan menepis kepala ular senduk itu sekuat hati sehingga terpelanting dan hilang melarikan diri.

"Suami yang masuk terus menyedut bisa pada jari Muaz yang sudah mula bertukar kebiruan sementara saya mengikat lengan anak dengan kain bagi mengelakkan bisa itu terus merebak," katanya sebelum menghantar anaknya ke HTA.

Mohammad Muaz Fitri kini dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan semalam.

Datuk mangsa, Ramli Mustapha, 54, yang mengetahui kejadian menimpa cucunya itu segera mencari ular tersebut kerana bimbang dengan keselamatan dua orang cucunya itu.

"Saya berusaha mencari ular berkenaan dan menemuinya bersembunyi di celah kotak berhampiran tempat tidur Muaz. Saya pukul ular itu sehingga mati dan membawa ular itu ke hospital bagi memudahkan doktor mengenal pasti jenis dan spesis ular tersebut," katanya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel