Lelaki Ini Melancong 6H 5M Ke Korea Hanya Dengan Bajet RM2100. Korang Boleh Cuba Guna Tips Hebat Ini!

Screen Shot 2016-03-20 at 12.02.30 PM

Mesti minah-minah yang minat K-Pop teruja dengan kisah yang dikongsikan oleh Lutfi Dzolmi ni kan. Malah, abam-abam hipster pun bolehla berangan menambah koleksi gambar di Instagram dengan foto cun di Korea.
Nah, cuba korang follow tips brader ni.

Hari pertama 19 Februari 2016

Screen Shot 2016-03-20 at 12.12.23 PM
Tiket aku dari KL � Busan, 12:10AM (KL) � 8:30AM (Busan). Bosan oi dok lama-lama dalam flight. Sesampai je sana, aku terus bergerak ke hotel. Jarak dari airport ke hotel 45 minit, aku amik keputusan naik bas je. Hotel aku nie memang strategik, dekat dengan Busan Station. Bayaran bas 6000 won (RM21.60), nie kene pakai cash, takley pakai kad lagi. Perjalanan aku best, tengok ragam orang. Ini adalah trip aku kedua ke korea, (1st time tahun 2014). Yang bestnya kali nie merasa musim sejuk kat negara orang. Jakun oo. Sampai je hotel, check in dan terus tido, letih baq ang. Malam tue, aku terus keluar pegi cari makanan. Ini pun satu hal jugak, nak dapat makanan halal dia pun susah yaRabbi, kene study skit bab-bab makan nie. Kite orang dari Busan Station naik train ke Dusil. Kat Dusil, hangpa cari Masjid Al-Falah Dusil, dan korang akan jumpe 1 restoran arab Cappdocia Turkish Kebap House. Aku tak cakap banyak, aku terus order 1 set nasik, harga 17,000 won (RM60). Ah, lapar oi. Tapi, dengan harga RM60 tue, korang confirm akan kenyang. Dalam set nie ade nasik, ayam 2 cucuk besar, coleslaw + teh panas. Cuma nasik tue sikit, nasib baikla memang tang ayam dia, besar.
Perbelanjaan Hari Pertama
Tambang Bas � 6000 won (RM21.60)
Makan Malam � 17000 won (RM60)
Air coffee & snek � 7000 won (RM25.20)
Total: RM106.80

Hari Kedua 20 Februari 2016


Hari keScreen Shot 2016-03-20 at 12.12.57 PM
dua nie memang jauh benor jalannya. Dari Busan nak pegi ke Seoul. Masa nie yaAllah, bestnya tak sabor nak naik kereta api laju. Sampai tertanya dalam hati, laju ke pun kereta api nie sampai harga dia RM205. Geram je aku. Kalo boleh naik bas, dah lama aku naik bas. HAHAHA. Aku keluar dari hotel kol 9 pagi ke Busan Station, 5 minit je pun dari hotel ke stesen. Sampai sana, terus redeem tukar tiket ori. Sebab aku beli online tiket nie dari Malaysia.
Waktu dinantikan tue dah tiba, waktu nak naik KTX nie, masyaAllah lajunya. And yang bestnya, ade wifi dalam train nie, highspeed baq ang. Itu yang best kalo kereta api negara maju nie. And, dalam train nie ade orang jual minuman dan makanan. Aku tak beli pun. Melihat sekeliling dan tengok ragam orang. Tempoh perjalanan amik masa 2jam 30minit.
Sesudah sampai Seoul(Seoul Station), aku kene amik train dan terus ke Itaewon. Kene tukaq 2 station untuk kesini (hotel). Haaaa, lupe nak habaq, kalau korang ke Korea, download je apps Korea Subway K-ing. Dari apps nie je, korang takkan sesat punyelah, siap bagitau nak kene tukar train ape dan ape. Dah dah, korang pening nie, aku cerita jela. Dari station aku nk ke Itaewon, kene tukar 2 train. Seoul Station line 4 � pegi ke Samgakji. Sesudah sampai Samgakji tukar line 6 ke Itaewon. Haaaa. Kalo sesat jugak memang saja la korang. AHAHAHA!
Sesudah sampai Itaewon, cari hotel nama Itaewon Inn. Hotel nie memang terbaik. Semua facilities ade, ade dobi, dapur semua free. And bilik aku sangat selesa, dapat 2 katil queen, bilik air sendiri. Berbaloi dengan harga yang aku bayar. Ingat eh, Itaewon Inn. Yang bestnya pasal hotel nie, ade beranda sendiri atas hotel dia, boleh tengok bandar Itaewon dan nampai Seoul Tower dari hotel! Ini rare!
Untuk hari kedua, aku banyak jugak keluar duit. Terutama bab makan la, sebab jalan seharian, then korang tengaok orang makan tue makan nie, mana nak tahan. Geram je rasa. Ahaha! Untuk hari kedua, aku makan kat Restoran Siti Sarah, berdekatan dengan Masjid Itaewon (masjid hijau). Oh ya, sebab kenapa aku pilih untuk stay Itaewon sebab sini bandar Islam, senang nak dapat makanan halal. Kat restoran nie aku order set nasik + air harga 11000 won (RM39.60). Aku beli simkad harga 30000 won (RM108) memang bapak mahal. Sebab nak harapkan wifi sini, semua dah nak kena bayar, geram betul aku. Nie terpulang pada korang nak beli atau tak.
Petang tue, aku pegi ke Seoul Tower. Nie adventure skit, naik bas. Untuk naik bas, korang kene ke tempat korang turun lrt tadi, dan naik bas dekat baskin robin. Cari bas no 3. Naik je bas. Dah naik bas tue nanti, jangan gelabah, tag kad yang korang beli tue je. And 1 lagi, transport nak ke Seoul Tower memang dengan cara nie je. Lain-lain naik teksi! Kalo naik lrt pun tetap naik bas. Ahaha! Jadi pelancong yang bijak. Sesudah sampai kat sini, haaaa apelagi, kalo nak naik keatas sana, bayaran 21000 won (RM85). Tapi aku takla naik, nie maklumat untuk korang. Menara nie serupa macam KL Tower tue ha, baik naik kl tower, murah pun murah. Ahaha.
Dari Seoul Tower nak balik Itaewon, naik bas yang sama, dan makan malam aku malam tue, aku makan kebab je. Beli kat Sultan Kebab, harga 7500 won (RM27). Hari kedua dari Busan � Seoul, pegi hotel, makan, jalan-jalan pegi Seoul Tower.
Perbelanjaan Hari Kedua
Makan tengah hari � RM39.60
Simkad � RM108
Makan malam � RM27
Total: RM174.60

Hari Ketiga 21 Februari 2016

Screen Shot 2016-03-20 at 12.14.55 PM
Ce teka, hari ketiga nie aku pegi mane? Ce teke? Nami Island oi! Tapi hari ketiga nie, sumpah letih, kenapa? Kene tukar 4 stesen. So kene harung 8 stesen la pegi dan balik. Kaki betul-betul rasa nak tercabut. Yang mana memang teringin nak ke Nami Island tue, tolong fokus betul-betul.
Dari Itaewon (Line 6) kene tukar ke Sindang.
Sindang (Line 2) ke Wang Simni
Wang Simni (Line J ITX) ke Sangbong
Sangbong (Line G ITX) ke Gapyeong.
Senang cerita, Itaewon � Gapyeong. Tempoh perjalanan taklama, 2 jam 30 minit je. Amacam pawer tak? 2 jam baq ang. Semua kos-kos pengangkutan korang semua termasuk dalam kad perjalanan korang tue. Takpayah risau. Memang cukup.
Sesudah sampai ke Gapyeong, naik teksi ke Jeti Nami Island. Naik je teksi sana, memang jujur, pakai meter. Ahahaha. And, driver kat sana pun boleh cam orang hensem cam aku nie pure dari Malaysia. Ramah. Bayaran pegi dan balik teksi ke jeti � stesen lrt. Korang boleh la merasa kereta original kia kat sana. Sedih betul aku, kat sana buat jadi teksi, kat sini bukan main mewah kia tue. Ahaha. 8000 won (RM28.80).
Haaa. Jarak dari stesen ke jeti, dalam 10 minit macam tue. Sampai je sana, ade 2 cara nak ke nami island. 1 dengan cara naik flying fox (kah kah kah) dan 1 lagi naik feri. Naik jela feri, takpayah buat keje gile, mahal yaRabbi. Beli tiket dulu untuk kesana, bayaran 8000 won (RM28.80) pegi dan balik. Bile dah naik feri tue, duduk belah tengah, usah la dok dalam, view luar cantik, gunung ganang, aku nak gambarkan tue, haaaa, cantik sungguh.
Dah sampai sana, ape lagi, berjalan sakan la korang. Tengok puas-puas tempat orang. Disebabkan aku datang waktu sejuk, haaa, sungai pun beku. Siap aku berlari atas sungai tue lagi, tapi risau jugak buatnya pecah ais tue, aku nie boleh tahan jugak gemok dia. Hehe. Kawasan Nami Island nie besar jugak. Macam-macam view ade, padang, sungai, taman semua ade. Takkan berjalan saja ye dak? Aku beli dan makan pau kacang merah 1000 won 1 biji (RM3.60) & aku makan tengah hari kat restoran dalam nami island nie. Usah risau, memang restoran nie, halal. Dalam restoran tau, jalan kat luar pulak. Harga makan tengah hari aku 11000 won (RM39.60).
Oh ya, sempat jugak la aku baring atas salji kat sini, seronok dia haih la, seronok la.
Masa untuk pulang, aku naik teksi dan terus ke stesen. Untuk hari ketiga nie, aku je Jamsil, sebab nak pegi Hard Rock Cafe Seoul. Ade 3 stesen nak kene tukar.
Gapyeong (ITX) � Sangbong (Line 7)
Sangbong � Konkuk University (Line 2)
Konkuk University � Jamsil
Sampai je Jamsil, cari Lotte Mall. Haaa, Hard Rock Cafe Seoul terletak dalam mall nie. So, sementara korang jalan nak ke cafe, korang cuci mata dulu tengok ape yang ade dalam nie, alah, mall nie serupa pavilion kl jugak. Mahal yaRabbi barang-barang dia.
Dari Jamsil nak balik hotel, aku kene lalui 2 stesen.
Jasmil � Sindang (Line 6)
Sindang � Itaewon
Untuk makan malam aku, aku makan kebab sama macam malam kedua. 7500 won (RM27).
Perbelanjaan Hari Ketiga
Tambang teksi ke Jeti � RM28.80
Tambang feri ke Nami Island � RM28.80
Makan tengah hari � RM43.20
Makan malam � RM27
Total: RM127.80

Hari Keempat 22 Februari 2016

Screen Shot 2016-03-20 at 12.14.42 PM
Hari keempat antara hari mencabar jugak. Kemana kite agaknya untuk hari keempat? Haaa, kite ke taman tema Everland! Sumpah aku pun taktau taman tema nie, nie pun member aku cakap. So why not aku pegi sana. Asalnya aku taknak pegi, tapi kawan aku cakap kat Everland nie tarikan dia tau mende? Dia pnye roller coaster serupa orang gila. Nak tau dia pnye gile, binaan lane dia nie dibina gune kayu sahaja. Tinggi ya amat. Tinggi dia kalah roller coaster genting (jauh beza) dan lagi pawer dari roller coster universal studio singapore. Sebab tinggi dia buat korang rasa, haaaaa taknak naik!
Perjalanan aku kesini pun jauh jugak, Itaewon ke Jeondae � Everland. Amik masa 2 jam nak kesini. Betul-betul menguji mental before dapat bende yang korang nak sangat tue.
Itaewon � Yaksu (Line 3)
Yaksu � Yangjae (Line D)
Yangjae � Shinbundang (Line K)
Shinbundang � Giheung (Everline)
Giheung � Jeondae _ Everland
Memang jauh dan banyak line nak kene tukar. Tapi takpelah, nak sangat pegi sini kan. Sesudah sampai sini, pihak Everland menyediakan bas ke Everland, naik je bas ke taman tema, FREE je. Dah ade kemudahan tue naik je, usah gatal jalan kaki, jauh oi.
Dan dan dan! Sampai je taman tema, beli tiket dulu. Oh ya, harga tiket 48000 won (RM172.80). Bayaran tiket nie adalah all day pass. Naik ape-ape sampai muntah. Harga dia memang mahal, nak buat macam mane, dah nilai tukaran duit kite jatuh, orang sana 48000 won nie macam RM50 kite jela. Huhu, sedih betul aku.
Dah dah, cukupla. Jom masuk jom! Haaa, taman tema nie, ape yang aku boleh cakap, besar! Besar gile. Lagi besar dari universal studio. Macam-macam ride korang boleh cuba. Banyak jugakla aku main, dan paling aku nak sangat naik tue, roller coster dia nie. Hahaha, nak naik nie pun kene sabar jugak, tunggu dekat 1 jam. Sumpah korang akan menyirap. Kalo korang bernasib baik, try la ejas awek yang jaga ride, dapat Q-Pass. Takperlu beratur, terus naik je!
Komen aku pasal roller coaster nie, haaaa, pleaselaaaa, cepatla habis, takuttttt. Sebab dia pnye junaman dia je 3 kali, dan percaya atau tidak, junaman pertama korang takkan keluar suara punye, dia pnye thrill tue lagi pawer dari bungy jump. Ahahaha! Cubalah! Harus cuba kalo dah kesini.
Untuk makan tengah hari aku, aku makan burger dalam restoran Everland, jangan risau, HALAL! Aku dah baca semua review-review pelancong Malaysia kesini dan student Malaysia! Usah risau. Makanan tengah hari aku 7000 won (RM25.20). Beger dengan air, sadis betul.
Lepas makan, main lagi beberapa game, then blah balik Itaewon. Memang betul-betul letih.
Perjalanan balik ke Itaewon sama macam mula-mula datang. 2 jam jugak la nak balik hotel pun. Memang sedaya upaya aku cari seat kosong nak duduk, rasa nak tercabut dah kaki nie. Dengan cuaca sejuk. Huh! Pakai 5 lapis baju pun macam tak lut je.
Sesudah sampai Itaewon, rehat sat, then malam keluar la. Nak ke Myeong-dong! Syurga kosmetik! Kalo bawak pompuan kesini, confirm 5 jam pun takkan cukup. Murah betul barang-barang kosmetik sini. Takkan menyesal beli, dan kalo bawak balik jual kat Malaysia pun boleh mark-up kaw-kaw!
Itaewon � Samgakji (Line 4)
Samgakji � Myeong _ dong
Dan! Aku nak share, kebetulan masa aku nak ke Myeong-dong, salju turun, rasa nak menangis ooo, syukur sangat. Dan yang best masa salji turun tue, keadaan sekeliling tak sejuk sangat. Tuah tak menyebelahi aku, banyak kedai dah tutup, sebab cuaca tak berapa elok, angin dan salji kuat.
Malam tue, aku cuma makan kebab dengan harga yang sama 7500 won (RM27)
Perbelanjaan Hari Keempat
Tiket masuk Everland � RM172.80
Makan tengah hari � RM25.20
Makan malam � RM27
Total: RM225
Hari Kelima 23 Februari 2016
Untuk hari kelima, hari yang betul-betul rileks. Hari untuk bershopping! Inilah hari yang aku tunggu sebab aku nak repeat beli bag kat sini! Tempat terbaik nak shopping pada aku kat Myeong-dong dan Namdaemon Market (Hoehyeon Station).
Untuk kesini, Cuma tukar 2 stesen je!
Itaewon � Samgakji (Line 4)
Samgakji � Myeong _ dong @ Hoehyeon (Namdaemon)
Untuk sebelah pagi aku pegi ke Namdaemon. Kat sinila aku jumpe Qu Puteh dengan kembar Afdlin Shauki tue. And kalo nak shopping baju, aku rekemen korang beli kat sini, cari kedai yang nampak cam mahal, tapi sebenarnya kedai tue la yang paling murah, kadang kedai tepi jalan pun deme ketuk jugak. Kat sini selain baju yang murah, key chain, topi, bag, memang kaw-kaw punye murah. Tempat nie macam pasar malam jugak, ade banyak kedai kat sini, larat dengan tak larat, rajin dengan tak rajin je nak berjalan.
Kat sini aku grab baju dan bag untuk sendiri punye. Barang lain semua orang kirim.
Untuk sesi pagi � tengah hari, aku jalan-jalan kat Namdaemon. Sebelah malam aku jalan-jalan kat Myeong-dong. Sebab aku suke suasana malam Myeong-dong tue (ahahah, myeong-dong memang bukak malam, dan namdaemon market bukak sampai petang shj).
Hari kelima nie, aku makan kebab je. Total makan 15000 won (RM54)
Perbelanjaan Hari Kelima
Shopping bag dan baju 20000 won (RM72)
Makan tengah hari dan malam RM54
Total: RM126

Hari Keenam 24 Februari 2016

Screen Shot 2016-03-20 at 12.16.20 PM
Hari terakhir! Tak sabar nak balik Malaysia, dan rasa sebak jugak nak tinggalkan Seoul. Sebab aku nak Malaysia sebab Seoul terlalu sejuk dan rasa sebak sebab cuaca kat Malaysia tak sesejuk kat Seoul. Hmmmm.
Dari hotel aku nak ke airport, aku hanya naik train je.
Itaewon � Digital Media City (Line A)
DMC � Incheon International Airport
Tempoh perjalanan mengambil masa 1 jam 15 minit. Tiket flight aku pukul 4:30PM waktu Korea, dan sampai KL pukul 10:30PM. Aku airport korea aku makan nasik. Harga pun boleh tahan la, sebab kat airport kan, dalam 20000 won (RM72). Harga aiport, biasala tue. Tapi sebab hari last, pejam mata makan sudoh.
So far, ini adalah itinerary sepanjang 6 hari kat sana. Dan macam aku cakap mula-mula tadi, total duit korang keluar sepanjang kat sini cuma RM2096.50. Yup, ini semua dah termasuk tiket flight, makan, duit taman tema, duit simkad, cenderahati dan transport sepanjang 6 hari kat sini. Cuma, duit hotel tue untuk 2 orang tau, DAN DAN DAN DAN SEBENARNYA duit hotel nie boleh share sampai 3 or 4 orang lagi okey! Sebab bilik hotel memang sangat luas! Takkan menyesal kalo korang ikut dengan tip aku bagi nie.
Aku harap, dengan perkongsian aku nie, korang boleh share pada kawan-kawan korang yang nak pegi. Why not, kite share bende yang bermanfaat. Korang juga boleh refer gambar-gambar aku sepanjang kat seoul. Kot la, posting nie boleh masuk dalam Vocket ke. Ahaha! Okey la, RM2100 seorang termasuk semua. Sebab, target aku untuk kesini memang nak buat cuba percutian bajet untuk korang.
Tiket flight pegi balik (Busan � Seoul) + luggage 20kg + makan atas flight, hotel untuk 6 hari (2 orang), makan sepanjang kat sana untuk 6 hari 2 kali sehari, tiket tambang kereta api laju, tiket lrt, tambang bas, tiket masuk taman tema Everland, dan shopping cenderamata total semua sekali RM2100 sahaja! Ya, RM2100 sahaja. Takpayah la nak cari tour guide kat sana. Cuma study sikit catatan orang lain yang bercuti pegi sana. Cuma perjalanan aku untuk kali nie terlalu terhad sebab cuaca terlalu sejuk. Korang jangan cakap �heleh� mai sini dulu waktu sejuk, tengok heleh tak heleh.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel