MUSIM SAKURA DI JEPUN
Sakura atau cherry blossom boleh dilambangkan sebagai simbol kepada musim bunga. Musim bunga sakura biasanya sangat pendek. Tempoh bunga ini berkembang mekar kebiasaanya ialah 5 ke 7 hari sahaja. Kebiasaanya di bandar-bandar besar seperti Tokyo dan Osaka, bunga sakura ni akan mula berbunga mekar pada hujung bulan Mac setiap tahun dan akan berakhir pada awal bulan April.
Secara umumnya, jika cuaca sejuk, maka bunga sakura lambat berbunga tetapi jika cuaca panas, maka lebih cepat bunga sakura akan berbunga.Selepas,tempoh mekar tamat, bunga ini akan jatuh dari pokok. Angin yang kuat dan hujan boleh menyebabkan tempoh musim bunga sakura ini menjadi lebih pendek.
Secara umumnya, jika cuaca sejuk, maka bunga sakura lambat berbunga tetapi jika cuaca panas, maka lebih cepat bunga sakura akan berbunga.Selepas,tempoh mekar tamat, bunga ini akan jatuh dari pokok. Angin yang kuat dan hujan boleh menyebabkan tempoh musim bunga sakura ini menjadi lebih pendek.
Antara jenis Sakura yang paling biasa ditemui :
1. Somei Yoshino
Bunga sakura daripada jenis ini sangat terkenal. Bunganya berwarna putih dan pokoknya hanya mengeluarkan bunga sahaja tanpa daun. Jenis sakura ini berbunga awal dan akan berbunga seawal minggu pertama musim bunga sakura mekar. Selepas itu, bunga-bunga Somei Yoshino ini akan gugur dan daun-daun hijau mulai tumbuh di pokok menggantikan bunga yang sudah gugur.
2. Shidarezakura / weeping cherry
Dahan pokok ini berjuntai ke bawah dan dahannya sangat rendah. Bunga daripada weeping cherry ini kebiasaanya berwarna merah jambu terang. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis, pokok bunga dengan lima kelopak dan pokok bunga dengan lebih daripada lima kelopak. Jenis sakura ini juga, berbunga awal dan akan berbunga seawal minggu pertama musim bunga sakura mekar.
3. Yamazakura
Bunga sakura ini adalah yang paling biasa dapat ditemui Jepun. Ia biasanya tumbuh liar di alam semula jadi. Bunga ini berwarna sedikit merah jambu dan mempunyai lima, kelopak kecil. Yamazakura mengeluarkan daun segar bersama-sama dengan bunga pada masa yang sama, Pokok dari jenis ini sangat mirip dengan Somei Yoshino.
usim sakura amat dinanti-nantikan kerana ianya datang hanya setahun sekali sahaja. Pastikan anda merancang percutian anda dengan sebaiknya supaya anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan keindahan alam ini.
Berikut adalah gambar-gambar ketika musim Sakura