'Tak Payah Nak Berlagak Macam Suci Sangatlah Perempuan!'
Hari ini, kesabaran saya diuji. Saya dan jiran saya ini memang baik. Kalau dia tiada di rumah, saya tolong angkatkan jemuran dia. Ambilkan anak dia di sekolah. Kalau anak dia tiada duit belanja, saya berikan juga tanpa berkira sebab manalah tahu kalau saya ditimpa kesusahan nati, orang akan tolong kita balik.
Lagi satu tentang jiran saya ini, saya sudah banyak kali dengar cerita dari jiran-jiran yang lain yang dia bercakap buruk tentang saya. Namun, saya anggap, jiran yang lain dengki dengan hubungan baik kami.
Jiran saya ini amat gemar meminjam duit dari saya. Sekali dua, saya izinkan. Hari ini saja dia datang pinjam dah dekat RM50.
Malam tadi dia datang pinjam RM20, nak buat duit minyak kereta suami untuk pergi kerja. Saya beri pinjam sebab, kalau suami dia tak bekerja, macam mana anak-anak dia nak makan?
Pagi tadi jam 6 pagi, dia ketuk pintu rumah. Nak pinjam RM10 buat belanja 5 orang anaknya. Saya pun beri pinjam lagi.
Jam 11 pagi, dia masuk rumah tanpa memberi salam. Datang buat cerita sedih, tak ada lauk nak makan dan dia nak pinjam RM30 lagi. Saya cakap, dah tak ada duit nak beri pinjam, lagipun suami belum gaji lagi. Tambahan pula saya surirumah saja, bukannya bekerja.
Mendengar jawapan saya itu, wajahnya berubah masam mencuka. Tak sampai hati melihat dia begitu, saya bagi pinjam RM20 lagi. Totalnya dah RM50.
Tadi pergi ke kedai nak beli lauk untuk masak tengah hari, tauke kedai itu tanya saya.
"Na, atok kenal kau dah lama. Tak pernah dengar cerita buruk pasal kau," katanya.
Saya pun peliklah dan tanya kenapa.
"Tadi, si ***** datang kedai atok. Dia suruh atok nasihatkan kau. Dia tak suka kau berhutang dengan dia sebab kau tak reti bayar," katanya.
Punyalah berapi hati saya. Saya tak balas apa-apa. Saya terus bayar dan balik ke rumah, masak makanan tengah hari. Selepas itu saya datang ke rumah jiran, saya slow talk dengan dia.
Dia? Bermati-matian tak mengaku. Saya dah malas nak melayan dia sebab dia dah nak junjung al-quran bagai. Ingatkan tak nak panjangkan hal ini, saya balik rumah nak relaks, tiba-tiba jiran saya hantar mesej melalui WhatsApp.