Resepi Ayam Masak Black Pepper Cendawan
Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan ni sesuai dimasak pada hari bekerja oleh ibu-ibu kerana cepat dan mudah. Satu bahan utama yang perlu ada dalam masakan ni ialah celeri sebab ianya rangup dan sedap jika digoreng pantas.
Ditulis oleh : Che' Nom
- Masa:
- Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit
Bahan-Bahan:
- 300 gram ayam, potong kecil
- 5 biji cendawan butang segar, potong 4
- 4 batang celeri, potong serong
- 3 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 inci halia, hiris nipis
- 1/2 biji bawang besar, potong 4
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 1 sudu kecil kicap manis
- 3 sudu besar minyak masak
- sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
- garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan goreng dibatas api yang besar sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
- Masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula cendawan, celeri, minyak bijan dan kicap manis. Kacau sehingga cendawan sedikit layu.
- Tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Tips:
Jangan goreng terlalu lama kerana sayur celeri dan cendawan akan menjadi lembik dan tidak segar.