Resepi Ayam Masak Merah
Resepi Ayam Masak yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah adalah hidangan istimewa di setiap kenduri dan juadah berbuka puasa.
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1 cawan santan (optional)
Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm lengkuas
1 ulas kecil kunyit
1 batang serai hiris nipis
10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji
Bahan untuk ditumis :
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 Kulit kayu manis
Satu tangkai daun kari
Cara Penyediaan:
Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.
Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan tumis.
Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih serta menjadi pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang
Tips:
Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya