Resepi Bun Coklat Lembut

Bun Coklat Lembut


Resepi Bun Coklat Lembut yang menjadi kegemaran anak-anak Che Nom. Memang lembut dan sedap jika dihidangkan sebagai hidangan minum petang. Che Nom pakai breadmaker untuk sediakan roti ini. Jika anda pun gunakan breadmaker, sila ikut arahan breadmaker jenama yang anda guna. Cubalah...memang sedap!

Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 120 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 42 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk doh:
300g tepung high protein atau tepung roti
30g serbuk koko
5g yis segera
65g gula kastor
5g garam halust
50ml susu full cream
150ml air
40g mentega
Bahan untuk inti:
ketulan coklat
Bahan untuk sapu (egg wash) dan hiasan:
1 biji telur
1 sudu besar air
secubit garam
coklat rice secukupnya
Cara Penyediaan:

Ayak tepung bersama serbuk koko.
Masukan bahan-bahan untuk doh di dalam breadmaker mengikut arahan breadmaker anda.
Press mode uli dan tunggu hingga doh sedia untuk dibentukkan.
Angkat doh tumbuk keluar ketulan angin.
buat bebola kecil dan timbang seberat seberat 40g setiap satu.
Masukkan inti ketulan coklan di tengah dan bulatkan. Susuh di atas dulang yang telah digris dengan minyak atau mentega. Susun dengan menjarakkan doh sedikit supaya ada ruang untuk don mengembang, anggaran 20-30 minit.
Sapukan telur/egg wash dan tabur coklat rice di atas.
Panaskan oven kepada suhu 160 celcius. Bakar roti selama 20-30 minit bergantung kepada oven anda.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel