Resepi Kuih Cara Berlauk

Kuih Cara Berlauk

Resepi Kuih Cara Berlauk, kuih tradisi melayu yang pasti ramai menggemarinya, apa yang menarik mengenai kuih ini anda dapat merasakan lemak dan lembut(dari kuih cara), garing(dari bawang goreng), pedas(dari cili) pada masa yang sama. Kuih ni sangat menarik jika dihidangkan di majlis atau jamuan kerana rupanya yang berwarna warni. Di bulan ramadhan, pasti kuih ini mendapat permintaan yang tinggi selain dari kuih cara yang manis.

Cara bancuhan adalan sama sahaja dengan kuih cara manis, cuma ada harus sediakan inti terlebih dahulu sama ada daging ataupun ayam..ikut selera masing-masing. Kelurga Che Nom memang suka sangat makan kuih ni terutama sekali di bulan Ramadhan ketika berbuka puasa.


Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 15 biji
Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk inti:
300g daging atau ayam kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada putih atau lada sulah
Bahan-bahan hiasan atas:
2 biji cili merah, hiris halus
Bawang goreng
daun bawang
daun sup
Bahan-bahan untuk adunan kuih cara:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
4 cawan santan cair
� sudu kecil garam
� sudu kecil pewarna kuning
Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk inti:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Cara-cara untuk adunan kuih cara:
Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. Che Nom bancuh di dalam blender saja.
Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel