Resepi Sambal Pedas Ayam
Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 20 Minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 5
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong ikut suka
2 helai daun kunyit - disimpul atau diracip halus
Sedikit air asam jawa
Garam dan serbuk perasa
Bahan-bahan untu dikisar :
10 tangkai cili hidup
Segenggam cili api kampung
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci kunyit hidup
Cara Penyediaan:
Tumiskan bahan2 kisar didalam kuali hingga naik bau dan garing
Masukkan kesemua ayam dan gaul sentiasa. Letak sedikit air jika perlu
Masukkan garam dan serbuk perasa
Akhir sekali masukkan daun kunyit tadi. Biar seketika hingga ayam betul2 masak
Sedia dihidang