Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan
Resepi Sup Tulang ala Chef Wan ini diambil dari blog masakan terkenal oleh Che Mat Gebu, www.tiffinbiru.com. Resepi asal oleh Chef Wan dan pastinya menghasilkan sup tulang yang pekat, berempah dan sangat lazat. Boleh dimakan bersama nasi ataupun roti.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 2 jam | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 3
Bahan-Bahan:
500 gram tulang lembu berdaging
1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus
1 1/2 sudu besar tomato puree
1 batang lobak merah, didadu
1 biji kentang, didadu
2 batang saderi, dihiris besar
Sedikit daun sup, dihiris
Bawang goreng
Bahan untuk kisar halus:
8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris nipis
1 inci halia
Bahan untuk tumis:
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Cara Penyediaan:
Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam.
Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.