Wak Doyok, Azrinaz Mazhar putus cinta





Ya, kami sudah putus cinta baru-baru ini".Itu penjelasan ringkas Wak Doyok mengenai hubungannya dengan bekas wartawan penyiaran Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca perpisahan mereka yang mula diperkatakan sejak kebelakangan ini.

"Saya berasa status yang dimuat naik di laman Twitter jelas menunjukkan situasi yang saya lalui kini. Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan.

"Cuma ingin dijelaskan, kami hanya putus cinta kerana tidak pernah bertunang seperti yang tersebar sebelum ini. Jadi saya menganggap tiada jodoh antara kami," katanya kepada Harian Metro.

"Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegini berlaku, tetapi saya akur dengan ketentuan Allah.

"Apa yang saya harapkan daripada semua orang agar berhenti membuat sebarang spekulasi. Biarlah apa yang berlaku hanya kami saja yang mengetahuinya," katanya kepada Harian Metro.
Pagi tadi Wak Doyok memuat naik status di laman Twitter yang berbunyi 'Semua sudah suratan. Terima sajalah dengan hati terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita'.

Status sama turut disertakan hashtag #HidupMestiDiteruskan beserta emotikon hati terbelah.

Terdahulu Azrinaz mengambil pendekatan dengan tidak mengaktifkan akaun Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan.

Dalam masa sama, Wak Doyok turut membuang gambar mereka bersama di Instagram miliknya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel