Fasha Sandha & Jejaka Pantai Timur Ustaz Rock Dikatakan Sedang Hangat Menjalinkan Hubungan Cinta?
Artis cantik Fasha Sandha kini dilihat begitu terbuka membicarakan soal hatinya kepada peminatnya setelah lebih dari setahun memegang status sebagai ibu tunggal yang dikenali ramai.
Tidak berapa lama dulu, Fasha Sandha ada menyatakan keinginnanya untuk kembali berumah tangga setelah perkahwinannya yang terdahulu gagal sehingga timbul pelbagai kontroversi dan spekulasi yang membabitkan dirinya.
Terbaru, artis yang mempunyai ramai peminat ini telah mengaku bahawa dia sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka yang istimewa dari pantai timur katanya. Dia juga dilihat memuat naik gambar dirinya bersama jejaka bertuah terbabit sewaktu menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga Ummi Nazeera.
Melalui Media Hiburan, Fasha menjelaskan bahawa dirinya belum lagi bersedia untuk membuat pendedahan siapakah lelaki bertuan menjadi idaman hatinya yang dikatakan seorang lelaki yang akan menjadi suaminya.
Perkhabaran ini dikatakan membuatkan peminatnya gembira malah turut memuji akan keserasian antara Fasha dan jejaka pantai timur tersebut. Netizen juga dapat membuat telahan bahawa lelaki yang berjaya mencuri hati artis jelita itu dikenali sebagai Mukhlis Rosdi.
Melalui akaun laman sosial Instagram milik lelaki itu, dapat dilihat beberapa gambar yang telah dimuat naik kelihatan anak-anak Fasha bersamanya. Perkara ini telah membuatkan peminatnya menjadi lebih yakin bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.
Namun, sehingga kini Fasha Sandha dikatakan belum membuat sebarang pengumuman tentang perhubungannya dengan jejaka tersebut yang menyebabkan semua peminatnya tertanya-tanya. - www.koleksiviral.com