Faye Kusairi Dedah Kisah Sebenar Tangkapan Khalwat

Faye Kusairi meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak untuk menceroboh rumah keluarga beliau tanpa sebarang usul periksa. Malah, Faye merasakan diri beliau teraniaya apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan beliau sanggup membuat laporan palsu dan melibatkan keluarganya sekali.

Menurut Faye, rumah miliknya yang didiami oleh ayah, ibu serta adik beliau di Bukit Antarabangsa diserbu masuk kira-kira jam 2.30 pagi Ahad lepas.

Insiden ini jelas mencemarkan maruah keluarga beliau dan Faye juga malu dengan apa yang sudah berlaku.

Faye Kusairi Dedah Kisah Sebenar Tangkapan Khalwat

"Tujuan saya bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun saya berasa teraniaya apabila keluarga diperlakukan sebegini. Malah, pihak si pengadu turut memberi jaminan kepada pihak JAIS untuk menanggung kos kerosakan sepanjang proses serbuan berlangsung."

"Maruah keluarga saya turut tercemar apabila insiden terbabit disaksikan oleh jiran tetangga. Saya juga risaukan ibu saya yang menghidap darah tinggi."

Faye menegaskan beliau mempunyai hak untuk mengetahui siapakah individu yang membuat laporan palsu tersebut kerana bimbang akan keselamatan keluarganya. Bayangkan, pengadu itu  mengetahui kelima-lima kereta miliknya dan keluarga.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel