Faye Kusairi Gesa Elly Mazlien Minta Maaf Isu Dikaitkan Dengan Keretakan Rumahtangga
Dituduh Orang Ketiga, Faye Kusairi Gesa Elly Mazlien Mohon Maaf | PELAKON muda, Faye Kusairi yang dituduh oleh Elly Mazlien sebagai punca perceraiannya dengan bekas suami menafikan tuduhan tersebut dan meminta agar Elly menarik balik tuduhan tersebut serta meminta maaf secara terbuka.
�Dia tidak menjawab permintaan saya dan belum meminta maaf. Dia berkata tidak menuduh sesiapa, jadi bukanlah saya yang menjadi punca.
�Saya cuma mahu melindungi keluarga daripada cemuhan masyarakat. Saya mahu tegakkan kebenaran yang saya bukan punca perceraian mereka. Perkara lain, anda boleh bertanya dengan peguam saya,� ujarnya.
Faye menambah, keadaan Elly yang tertekan dan sedih setelah apa yang berlaku ketika dalam tempoh pantangnya juga mungkin menyebabkan dia senang dipengaruhi oleh orang lain sehingga membuat tuduhan seperti itu.
Dia memberikan Elly tempoh selama dua bulan untuk menarik balik tuduhan yang dilakukan dan jika gagal berbuat demikian, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
(Baca: Kasihan Elly Mazlein, Baru Melahirkan Sudah Kehilangan Suami)
(Baca: Kasihan Elly Mazlein, Baru Melahirkan Sudah Kehilangan Suami)