Rakaman Video Penumpang Grab Mencuri Duit Milik Pemandu Lebih RM900 Jadi Tular
Kita sering mendengar tentang penumpang Grab atau Uber menjadi mangsa dengan berbagai kes yang berlaku tetapi mungkin kita jarang mendengar penumpang yang merompak pemandu Grab.
Satu kes yang berlaku membabitkan seorang penumpang yang dipercayai telah mencuri sejumlah wang S$500 (RM944) dalam beberapa saat sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan sehinggalah bukti ditemui melalui rakaman video.
World of Buzz melaporkan, perbuatan lelaki berkenaan dirakamkan oleh kamera yang diletakkan dalam kereta yang dipandu mangsa. Melalui rakaman video tersebut dapat dilihat tindakan licik suspek mengambil wang tersebut tanpa disedari oleh pemandu berkenaan.
Rakaman video tersebut turut jadi tular di laman sosial selepas dimuat naik, manakala menurut pemandu berkenaan kes sebegini tidak seharusnya dipandang remeh dan harus dibendung kerana tidak mustahil penumpang seperti itu akan melakukan perkara yang sama terhadap pemandu-pemandu lain.
Sungguh menyedihkan apabila pemandu terbabit memaklumkan bahawa semua wang yang dicuri suspek adalah pendapatan beliau selama 3 hari mencari rezeki, namun semua wang tersebut dicuri suspek dalam hanya beberapa saat sahaja. Berikutnya adalah perbualan antara mangsa dan rakannya berkaitan dengan kejadian.
Bukan sahaja penumpang yang harus berhati-hati, tetapi juga pemandu yang memberikan perkhidmatan seperti ini harus mementingkan keselamatan dalam pemanduan. - www.koleksiviral.com