(VIDEO) Wanita Gempal Memecut Laju Berkejar-Kejaran Dengan Polis Trafik Di Lebuhraya Laluan Tol


Satu rakaman video yang dianggap sangat melucukan oleh netizen apabila seorang wanita yang menunggang motosikal melarikan diri dari ditahan polis di sebuah lebuhraya tersebar di media sosial.

Rakaman video yang dimuat naik di Facebook itu telah mendapat jutaan tontonan netizen yang menunjukkan seorang wanita tidak memakai topi keledar seperti dalam ketakutan sedang melarikan dari dikejar polis trafik.

Seorang wanita yang berbadan gempal menunggang motosikal berwarna pink di tengah-tengah jalan raya dirakamkan oleh seorang pengguna media sosial dari dalam sebuah kereta.

Wanita terbabit kelihatan memecut laju apabila menyedari seorang polis trafik mengejarnya dan meminta beliau berhenti di tepi jalan, namun wanita itu terus memecut tanpa mempedulikan arahan polis berkenaan.


Melalui rakaman video itu juga dapat melihat wanita tersebut seperti berkata sesuatu ketika diminta menghentikan motornya dan tetap meluncur laju sehingga ke plaza tol yang berada di hadapannya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah yang berlaku selepas itu dan lokasi kejadian dipercayai berlaku di Thailand. - www.koleksiviral.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel