(VIDEO) Detik Cemas Seorang Budak Lelaki Yang Tersekat Dalam Mesin Basuh Ketika Main Sorok-Sorok
Keseronokkan seorang kanak-kanak semasa bermain 'sorok-sorok' hampir menjadi satu tragedi yang menakutkan apabila dia tersekat dan tidak boleh keluar dari sebuah mesin basuh di rumahnya.
Kejadian itu berlaku di Kharkov di timur Ukraine dan mangsa yang berusia 7 tahun itu dipercayai telah merangkak masuk ke dalam mesin basuh kerana ingin menyembunyikan diri ketika bermain sork-sorok.
Walau bagaimanapun, sangkaannya mesin basuh adalah lokasi strategik untuk sembunyi adalah salah sama sekali apabila dia tidak lagi boleh keluar dan tersekat yang membuatkannya menjerit sepenuh hati meminta pertolongan.
Ahli keluarganya yang menyedari akan kejadian itu turtu membantu mangsa supaya dapat keluar, namun segala usaha yang telah dilakukan dikatakan gagal menarik mangsa keluar.
Oleh kerana tidak mampu melakukan apa-apa, keluarganya bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak bomba. Empat anggota bomba telah diarahkan menolong mangsa terbabit.
Langkah bijak yang diambil oleh anggota-anggota bomba itu sangat dipuji apabila mereka dipercayai menyapu Vaseline dan juga minyak bunga matahari sebagai cara untuk memudahkan kanak-kanak tersebut dapat keluar.
Perancangan bomba tersebut telah berhasil apabila mereka turut menggunakan kipas kecil sebagai langkah untuk memastikan mangsa mendapat udara yang mencukupi sebelum dikeluarkan dari mesin basuh berkenaan, lapor Mstar.
Salah seorang anggota penyelamat tersebut sempat merakamkan insiden tersebut dan turut memuat naik ke laman sosial sebelum tersebar dan jadi tular. - www.koleksiviral.com