Gadis Ini Dipaksa Bayar RM1000 Ganti Rugi Jet Ski Yang Disewanya Terbalik Di Port Dickson Oleh Operator Bertugas


Jet Ski adalah antara aktiviti yang selalunya ada di tepian pantai popular, malah seringkali dijadikan aktiviti utama semua pengunjung yang datang ke pantai untuk mandi manda.

Walau bagaimanapun, keselamatan pengunjung adalah menjadi keutamaan pihak pengurusan yang menyewakan peralatan aktiviti-aktiviti di tepi pantai. Tetapi sekiranya perkara seperti jet ski tenggelam dan terbalik di tengah laut, siapakah yang harus dipersalahkan dan adakah pihak pengurusan akan bertanggungjawab?

Perkara ini telah berlaku kepada seorang gadis yang telah berkunjung ke Port Dickson baru-baru ini sempena cuti am dan bertujuan untuk bercuti di pantai yang terkenal ini.

Gadis terbabit dikatakan telah menyewa sebuah jet ski yang disediakan di pantai it, tetapi malangnya jet ski yang dinaiki gadis terbabit dikatakan telah terbalik, malah penjaga jet ski tersebut dikatakan telah memaksa gadis itu membayar ganti rugi di atas kejadian tersebut.


Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan petugas yang menjaga jet ski tersebut, gadis terbabit telah memuat naik rakaman video secara langsung melalui Facebook untuk berkongsi pengalamannya serta turut memberikan amaran kepada pengunjung lain tentang layanan yang diterimanya dari operator jet ski berkenaan.

Gadis terbabit menerusi akaun Facebook miliknya memaklumkan bahawa jet ski tersebut telah pun rosak sebelum itu dan secara tiba-tiba ianya berpusing serta dikatakan terbalik sendirinya lalu tenggelam, katanya.

Gadis itu bersama rakannya telah diselamatkan selepas melambaikan tangan untuk meminta pertolongan dari orang ramai  yang melihat kejadian tersebut. Kemudiannya, operator jet ski berkenaan telah membuat permintaan kepada gadis terbabit agar membayar RM1000 sebagai ganti rugi yang menyebabkan kerosakan terhadap jet ski itu.

Menurut gadis itu, lelaki itu telah mengugutnya untuk memukul sekiranya dia dan rakannya tidak mahu membayar jumlah yang diminta.

Dia yang merasa amat kecewa kerana tidak dimaklumkan lebih awal tentang itu sekiranya berlaku sebarang kecelakaan ketika membuat penyewaan terhadap jet ski berkenaan.

Menurut gadis itu lagi, dia bersumpah operator berkenaan tidak memberitahunya tentang peraturan ketika menyewa jet ski namun, operator tersebut tetap menegaskan bahawa dia telah memberitahu kepada gadis tersebut.

Insiden ini menjadi semakin rumit memandangkan ketiadaan surat perjanjian yang menyebabkan kesukaran untuk mengetahui siapakah yang berada di pihak yang benar dan salah.

Berikutnya adalah rakaman video yang telah dimuat naik oleh gadis terbabit melalui Facebook baru-baru ini.

Gadis berkenaan turut memaklumkan bahawa dia tidak mahu perkara tersebut berlanjutan dan membuat keputusan bersetuju untuk membayar RM500 sahaja sebagai membayar ganti rugi, namun lelaki berkenaan dikatakan enggan menerima pembayaran berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, lelaki terbabit bersetuju menerima bayaran sebanyak RM650 yang dibayar oleh gadis tersebut bersama persetujuan rakannya.

Insiden tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga memperolehi ribuan perkongsian. Rata-rata netizen memberikan pendapat masing-masing dan turut mendesak gadis berkenaan agar melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dengan tujuan untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik.

Namun, beberapa pendapat dari netizen juga dilihat bersetuju dengan jumlah pembayaran yang dibayar gadis terbabit dan turut mengatakan jumlah berkenaan adalah wajar untuk membaiki kerosakan jet ski yang berwarna hijau itu. - www.koleksiviral.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel