(VIDEO) "Kalau Aku Jumpa, Siap Kau" - Netizen Geram, Buru Lelaki Warga Myanmar Yang Raba Wanita Melayu & Hina Agama Islam
Isu kezaliman dan kemanusiaan Myanmar yang dilakukan terhadap etnik Rohingya sehingga kini menjadi perbualan serta perdebatan hebat di media sosial, malah begitu ramai yang mengeji akan perangai etnik tersebut di negara kita dan tidak kurang juga ada beberapa pihak yang masih sudi untuk memberikan pertolongan kepada mereka kerana dianggap satu agama.
Beberapa hari lalu, tular di media sosial dua buah rakaman video yang dikatakan telah dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook yang didakwa beliau adalah seorang lelaki warga Myanmar yang dikatakan sengaja mencetuskan kemarahan netizen di Malaysia.
Melalui rakaman video berkenaan, lelaki terbabit dilihat telah meraba seorang perempuan yang dipercayai rakannya seorang wanita Melayu yang pada ketika itu sedang memandu sebuah kenderaan.
Manakala. melalui video keduao pula, lelaki berkenaan turut berkongsi tentang pengalamannya dapat menawan wanita Melayu diranjang, malah dia turut kelihatan seperti memperlekehkan agama Islam yang membuat ramai yang tidak berpuas hati di atas kenyataannya itu.
Lelaki itu juga dilihat seolah sengaja membuat provokasi yang akhirnya membuatkan netizen marah dan geram di atas tindakannya itu yang dilihat seperti menghina bangsa dan agama Islam.
Difahamkan, lelaki terbabit dikatakan warga Myanmar yang tinggal di Kuantan, Pahang, jelas seorang netizen. - www.koleksiviral.com