Akibat Mewarnakan Rambut, Wanita Ini Terpaksa Botak Selepas Kulit Kepalanya Melecur Teruk


Ianya menjadi seperti satu trend terbaru apabila segelintir wanita yang dikatakan amat menyukai mewarnakan rambut mereka dengan berbagai warna yang kelihatan seperti warna pelangi berwarna warni. Namun, bagi mendapatkan warna sebegitu adalah sangat sukar kerana hanya juru dandan yang berpengalaman sahaja dapat melakukannya.

Satu berita yang amat mengejutkan dilaporkan oleh portal News Ebc yang mengatakan seorang wanita di Sichuan, China, dikatakan telah terpaksa membotakkan kepalanya selepas kulit kepalanya itu dipercayai melecur selepas menggunakan pewarna rambut yang berwarna hijau.

Wanita malang tersebut dikenali sebagai Deng dikatakan telah mengunjungi sebuah salon rambut untuk mewarnakan rambutnya selepas begitu berminat dengan trend itu pada bulan Ogos lalu.

Proses untuk mewarnakan rambut tersebut dikatakan telah mengambil masa yang agak lama iaitu selama 7 jam dan perlu mewarnakan rambutnya itu sebanyak 4 kali. Kerana rambut asal wanita terbabit berwarna hitam pekat dan pendandan rambut tersebut memaklumkan kepada wanita itu rambutnya itu harus dilunturkan terlebih dahulu.


Ketika pada proses permulaan, pendandan rambut mengatakan rambut Deng tidak sekata dan perlu mewarnakan rambut sekali lagi. Pada ketika itu, Deng memaklumkan bahawa kulit kepalanya kelihatan seperti terbakar dan jawapan yang diberikan pendandan rambut itu ialah perkara itu terjadi kerana kesan yang biasa dan meminta wanita tersebut untuk menahan kesakitan yang dialaminya itu.

Selepas sebanyak 3 kali Deng mewarnakan rambutnya, wanita itu sekali lagi menyatakan bahawa kulit rambutnya merasa sangat sakti dan mengatakan kualiti pewarna rambut berkenaan tidak baik.

Namun, pendandan rambut berkenaan menafikannya serta terus mewarnakan rambut tanpa mempedulikan komen yang diberikan Deng. Setelah selesai proses mewarnakan rambut, agak mengecewakan Deng apabila warna rambut yang diinginkannya tidak sama dengan apa yang beliau inginkan.

Dek kerana tidak berpuas hati dengan warna rambutnya itu, Deng sekali lagi meminta juru dandan tersebut mewarnakan kembali rambutnya kepada warna hitam. Tetapi Deng tidak lagi dapat menahan rasa sakit yang dialaminya di kulit kepalanya sehingga menyebabkan dia menangis kerana tidak mampu menahan kesakitan.

Walau bagaimanapun, pendandan rambut tersebut meminta Deng menahan kesakitan itu, tetapi Deng tidak lagi mampu berbuat demikian. Pada jam 11 malam, wanita malang tersebut meminta anaknya datang ke salon itu untuk mengambilnya.

Akhirnya, juru dandan tersebut telah menyedari sesuatu yang tidak kena dengan kejadian tersebut dan terus bertindak dengan cepat mencuci rambut Deng yang telah diwarnakan itu tadi.


Deng akhirnya telah dikejarkan ke hospital pakar dan doktor telah mengesahkan Deng mengalami alahan yang sangat teruk akibat penggunaan pewarna rambut dan kulit kepalanya dikatakan hampir 40% hancur sama sekali.

Doktor pakar tersebut turut menasihatkan Deng agar membotakkan kepalanya kerana risau akan terdapat kesan sampingan yang akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya dibiarkan.

Wanita terbabit dikatakan telah terlantar di hospital selama 5 hari dan turut trauma akibat kejadian yang telah menimpa dirinya itu. Wanita itu juga telah membuat keputusan untuk menyaman salon rambut tersebut.

Walau bagaimanapun, salon tersebut dikatakan hanya ingin membuat pembayaran kepadanya untuk kos rawatan hospital sahaja tetapi tidak ingin bertanggungjawab ke atas kos-kos yang lain yang dihadapi oleh Deng. Kerana itulah Deng telah bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap salon rambut yang tidak betanggungjawab itu. - www.koleksiviral.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel