Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Bagi Anak Yang Lahir Tahun 2012 & 2013 Ambilan 2019 & 2020

Daftar Secara Online SPATKPM

Sekiranya anda mempunyai anak yang dilahirkan pada tahun 2012 dan 2013 iaitu yang berumur 5 dan 6 tahun pada masa ini. Jangan lupa untuk membuat pendaftaran murid tahun 1 secara online pada bulan Mac nanti untuk kemasukan sesi tahun 2019 dan 2020 . Ini kerana pendaftaran tersebut dibuka lebih awal iaitu 2 tahun sebelum persekolahan. Perkara tersebut dilakukan untuk memudahkan urusan serta penempatan di sekolah yang menjadi pilihan masing-masing.

Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tersebut diwujudkan adalah untuk memudahkan semua ibu bapa untuk membuat permohonan sekolah untuk anak mereka yang akan mula masuk darjah satu nanti. Jadi, ibu bapa tidak lagi perlu bersusah payah pergi ke sekolah untuk memohon serta mengambil borang atau mendaftar secara manual untuk daftar anak tahun 1.

Cara untuk mendaftar secara online bagi tahun 1 tidaklah sesukar mana, anda perlu membuat pemilihan sekolah yang anda rasakan sesuai untuk anak. Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama iaitu permohonan baru Daftar Pengguna Baru untuk mendapatkan akaun sendiri supaya sistem tersebut dapat diakses dengan sepenuhnya sebelum mendaftar permohonan untuk anak di bawah jagaan bagi tahun 1 sesi 2019-2020.

daftar sekolah anak tahun 1
Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Semenanjung Malaysia

Permohonan Tahun 1 Ambilan Sesi 2019/2020

Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2012 (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1 Januari 2014 (berumur 4 tahun pada 1 Januari 2018), wajib ambil tahu tentang perkara ini.

Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri yang terlepas Pendaftaran Online Tahun Satu, Amna, pada tahun lepas ketika Amna berumur lima tahun.

Seperti biasa, ayat ini keluar "Alah, tahun depan kan ada" sedangkan tahun depan (tahun ini 2018) saya perlu berebut untuk daftar dan tak boleh lupa atau Amna tak bersekolah.

Garis panduannya begini:

1. Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

2. Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2018 - https://public.moe.gov.my

3. Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi, boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

4. Dokumen yang diperlukan
  • Sijil lahir anak (salinan + asal)
  • Kad Pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • Surat nikah/cerai (salinan + asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

5. Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed nombor 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.

Sumber: Maryam Jamilah

INFO:

Daftar sekolah darjah 1 online
Foto : Koding KN

Untuk ibu bapa yang bercadang untuk daftar pada waktu tepat jam 12 malam pada 1 Mac 2018 nanti, anda diminta bersabar. Anda mungkin akan mengambil masa untuk login dalam masa beberapa jam. Teruskan usaha untuk mendaftar kerana talian berkemungkinan akan sibuk kerana mungkin terlalu banyak permohonan dan pendaftaran pada masa yang sama.

Permohonan ini adalah satu permohonan untuk penempatan kanak-kanak yang akan memasuki sekolah. Namun, JPN atau PPD atau PPB tidak memberi sebarang jaminan bahawa kanak-kanak tersebut akan ditempatkan di sekolah seperti mana yang dinyatakan dalam borang permohonan penempatan sekolah.

Semakan status keputusan permohonan dijangka boleh diketahui bermula pada tarikh Julai hingga Ogos 2018 menerusi sistem aplikasi yang sama dimana anda memohon untuk kemasukan 2019 dan 2020. Sekiranya berjaya, anda perlu mencetak Surat Penempatan tersebut dak kemudiannya menghantar ke sekolah berkenaan serta membawa sijil lahir asal anak.

Untuk permohonan yang tidak berjaya pula, anda dibolehkan membuat Permohonan Rayuan Penempatan Semula melalui sistem yang sama dan semakan keputusan rayuan juga boleh diketahui pada bulan Oktober nanti dan tarikh tersebut akan dinyatakan menerusi laman web yang sama.

Semoga bermanfaat. - Koleksiviral.com

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel