Harga IG review Selena Gomez paling mahal RM2 juta


Sekarang ni boleh dikatakan platform media sosial paling popular ialah Instagram. Rata-rata peniaga juga beranggapan Instagram adalah tempat paling mudah untuk menjual barang.

Sekarang ni, para peniaga ada jalan mudah untuk promosikan produk mereka iaitu dengan membayar selebriti atau media influencer untuk mempromosikan perniagaan mereka melalui IG review.

Laman portal Hyperbeast baru-baru ini mendedahkan harga IG review yang dikenakan oleh selebriti popular Hollywood.

Lebih mengejutkan harga posting review yang dikenakan menelan belanja jutaan ringgit.

Selebriti tersenarai mengenakan bayaran IG review paling mahal ialah Selena Gomez yang meletakkan harga RM2.2 juta. Diikuti Kim Kardashian RM2 juta.

Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo menduduki tempat ketiga dengan mengenakan bayaran sebanyak RM1.6 juta.

Berikut merupakan senarai lengkap harga IG review selebriti paling mahal

1. Selena Gomez � $543,000 USD (RM2.2 juta)
2. Kim Kardashian � $498,000 USD (RM2 juta)
3. Cristiano Ronaldo � $400,000 USD (RM1.6 juta)
4. Kylie Jenner � $398,000 USD (RM1.6 juta)
5. Kendall Jenner � $368,000 USD (RM1.5 juta)
6. Khloe Kardashian � $249,000 USD (RM1 juta)
6. Kourtney Kardashian � $249,000 USD (RM1 juta)
8. Cara Delevingne � $150,000 USD (RM630 ribu)
9. Gigi Hadid � $120,000 USD (RM500 ribu)
9. LeBron James � $120,000 USD (RM500 ribu)

Sumber : Hanasuva

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel