Apa kata anda cuba masak antara 5 menu ini, untuk bawa pergi berkelah


Setiap kali nak pergi berkelah, menu yang sama juga dimasaknya. Bosan juga kalau setiap kali nak berkelah tu asyik buat sandwich saja kan? Jadi, kalau anda masih tak dapat inspirasi makanan apa yang sesuai dan akan digemari oleh anak-anak untuk dibawa ketika berpicnic tu, apa kata anda cuba masak antara 5 menu ini. Mesti berselera betul ketika berkelah tu sambil menikmati pemandangan.

1. AYAM MASAK MERAH SIMPLE & SEDAP


Siapa yang tak pernah suka lauk ayam masak merah ini kan? Selalu kalau kita pergi kenduri, ini adalah menu wajib ada dan menjadi kegemaran ramai khususnya kanak-kanak. Bukan sahaja menjadi lauk wajib untuk kenduri, ayam masak merah juga sangat sesuai untuk dijadikan lauk ketika berkelah tau. Makan dengan nasi panas selepas mandi laut atau air terjun memang sedap!

2. MIHUN SINGAPURA


Mihun Singapura turut menjadi antara menu pilihan ramai untuk dibawa ketika picnic. Makanan yang tidak terlalu berat dan mengenyangkan ini juga mudah disedia dan dibawa ke mana-mana sahaja. Tak payah lagi nak risau makanan akan tumpah kerana berkuah kerana mihun goreng biasa atau mihun Singapura ini boleh juga dimakan di dalam kereta. Mudah kan?

3. TELUR GULUNG


Selain dari menu utama, telur gulung ini juga sangat sesuai untuk dimasukkan ke dalam list makanan ketika berkelah. Maklumlah, kalau satu lauk sahaja tak cukup jadi menu telur amat mudah untuk dimasak dan dibawa ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, anak-anak pun akan suka makan telur gulung ini sambil menikmati keindahan pemandangan ketika berkelah tu.

4. AYAM GORENG BEREMPAH SERAI


Ini mesti menjadi menu utama dan paling digemari oleh anak-anak. Boleh dimakan tidak kira dalam perjalan ke tempat berkelah atau ketika anda berkelah, ayam goreng berempah serai ini mesti ada dalam senarai menu picnic! Kalau nak kenyang sikit, anda boleh makan bersama nasi atau bersama mihun Singapura tu!

5. SPAGETI BEBOLA DAGING


Kalau rasa tekak nak beralih kepada makanan Barat, apa kata anda buat saja spageti bebola daging untuk makanan berkelah. Mudah dan sedap, menu ini pastinya akan menjadi kegemaran seisi keluarga. Kalau tak mahu gunakan bebola daging, anda juga boleh ubah kepada bebola ayam atau jadikan spageti makanan laut. Barulah meriah!

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel