Tin susu boleh dibuat menjadi bangku yang comel, ini cara membuatnya


�Banyak betul tin susu si kecik sorang ni. Nak pergi pusat kitar semula tak tahu kat mana. Nak simpan pun dah tak ada ruang. Apa nak buat ya dengan tin-tin ni?�

Bagi ibu-ibu yang biasa membeli tin susu, mesti ada banyak �collection� tin-tin susu yang dah kosong begini. Kalau disimpan, memang makan ruang. Tapi kalau nak dibuang begitu saja, rasa sayang pun ada. Jadi, apa kata kita hasilkan sesuatu daripadanya.

Dalam perkongsian ini, akan menunjukkan cara-cara membuat bangku serbaguna yang cukup comel dan cantik. Menggunakan hanya beberapa bahan dan sedikit langkah ringkas, anda pasti akan dapat menghasilkannya dengan mudah!

CARA DIY TIN SUSU KEPADA BANGKU COMEL

Mari kita ikuti cara membuat bangku selengkapnya dalam tutorial di bawah ini.

Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan:

BAHAN-BAHAN

  • Tin susu
  • Kain ikut citarasa (saya pakai kain guni sebab kain itu saja yang ada)
  • Gam panas (glue gun)
  • Gunting
  • Tape
  • Span

CARA-CARA

1. Lekatkan Tin Susu

Mula-mula, lekatkan beberapa buah tin susu menjadi bentuk yang anda inginkan.

Saya gunakan 7 buah tin susu menjadi bentuk bunga seperti dalam gambar ini.


2. Balut Dengan Kain

Seterusnya, gunakan kain guni tadi untuk membalut keseluruhan permukaannya dan dikemaskan dengan glue gun.

Kalau nak lebih selesa, tambahkan sedikit span pada tempat duduknya. Tapi sebab saya tak ada span, saya balut saja begini. Nanti-nanti pun boleh tambahkan span duduk atau bantal kusyen di atasnya.


3. Kemaskan

Kemaskan kain pada setiap hujung, terutamanya pada bahagian akhir kain.


4. Siap!

Beginilah hasilnya apabila setiap bahagian dah dikemaskan.


WAH, MEMANG MUDAH & CANTIK!

Sekarang, dah boleh letak di ruang tamu atau mana-mana ruang kesukaan anda. Memang mudah, tapi hasilnya tetap menarik dan ekslusif.

Anda boleh tambahkan sentuhan peribadi dengan menggunakan warna kain dan corak yang anda gemari. Gunakan sebagai bangku anak-anak pun sesuai kerana ianya kecil dan ringan.


Cantik bukan? Jadi, lepas ini jangan buang tin-tin susu yang ada di rumah. Rugi tak buat bangku comel ini. Bukannya susah pun. Memang jimat, praktikal, dan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel