RESEPI KUZI AYAM SEDAP
RESEPI KUZI AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN
Ayam potong 12
BAHAN PERAP
Saffron
Halia
Bawang putih
Garam
POTONG KIUB DAN GORENG
Hempedal ayam
Hati ayam - (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar
BAHAN GORENG
15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang
BAHAN TUMIS
6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan minyak.
goreng bawang merah hiris, tos.
goreng bawang besar hingga kuning, tos.
goreng badam hingga kuning, tos.
goreng kismis, tos.
goreng hempedal ayam, tos.
Akhir sekali goreng ayam separuh masak.
2.Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dg air. Goreng hingga wangi.
4.Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.
5.Masukkan bahan goreng yang lain spt ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb. masukkan gula dan garam.
6.Masak hingga agak pekat.
7. SIAP
KREDIT
FB Resepi Masakan Ayam.