RESEPI PULUT KUNING
RESEPI PULUT KUNING
BAHAN-BAHAN
1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan )
2 keping asam gelugur
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdb gula
Dlm 2 sdt garam ( agak2..uolls rasa la )
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas pengukus
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata2 beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang2 tiga jam.
2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.
3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dlm loyang..simpulkan daun pandan letak dlm beras. Kukus selama 20 minit.
4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JGN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UTK KALI KE2.
5. Campurkan gula dan garam dlm santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama x basi cepat.
6. Gaulkan santan tadi dgn pulut..gaul sedikit demi sedikit smpi semua santan sebati dgn pulut. Biarkan ia rehat dlm 10 minit.
7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit...SIAP.
Kredit Resepi : Roszana Ismail