Vitamin C adalah popular diantara vitamin yang lain, ini 9 kebaikan vitamin c untuk tubuh badan anda.
1. Membantu Menurunkan Paras Kolestrol
Vitamin C mainkan peranan penting dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ia membantu menukarkan kolestrol kepada bile salts yang lebih mudah dibuang daripada badan.
2. Melancarkan Peredaran Darah
Kebanyakan kerosakan yang berlaku pada salur darah semasa serangan sakit jantung adalah disebabkan oleh salur darah tidak dapat mengembang dengan baik dan menghalang peredaran darah. Sakit dada, susah nak bernafas atau dalam bahasa mediknya angina pectoris juga disebabkan oleh arteri koronari iaitu arteri yang membawa darah ke jantung tidak dapat mengembang dengan baik. Terdapat kajian yang menunjukkan walaupun vitamin C dalam dos yang kecil tapi ia dapat membantu salur darah mengembang dengan baik terutamanya bagi yang selalu sakit dada, ada masalah jantung dan juga tekanan darah tinggi.
3.Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok
Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.
4. Mengawal Paras Gula dalam Darah bagi Pesakit Diabetes
Vitamin C mengawal paras gula dalam darah dan melindungi daripada komplikasi yang disebabkan oleh diabetis. Ada banyak kajian yang menunjukkan bahawa vitamin C dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
5. Membantu dalam Merawat Kanser
6. Membantu Mengurangkan Masalah Pernafasan
Terdapat kajian dari Univerisity of Helsinki, Finland yang mencadangkan vitamin C untuk mengurangkan masalah sistem pernafasan seperti batuk, nafas berbunyi dan juga semput.
7. Mengurangkan Simptom Asma
Orang yang mempunyai asma yang kronik sangat memerlukan vitamin C. Fungsinya sebagai antioksidan dan antihistamine dapat membantu dalam fungsi peparu dan salur pernafasan. Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 mg hingga 2000 mg setiap hari dapat mengurangkan penghasilan histamine yang boleh menyebabkan keradangan bagi penghidap asma.
8. Membantu dalam Mengurangkan Simptom Arthritis
Arthritis disebabkan oleh kegagalan proses sel yang membantu dalam penghasilan, penyelenggaraan dan pemulihan tisu tulang rawan. Tekanan fizikal ke atas tulang rawan memusnahkan kolagen dan juga memberi kesan pada penghasilannya. Disebabkan vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen,ia sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan sakit sendi bagi orang yang menghidap arthritis.
9. Mengurangkan Risiko Katarak
Vitamin C mainkan peranan penting dalam memulihkan penglihatan dan juga melindungi daripada pembentukan katarak yang boleh mengakibatkan buta. Ini disebabkan oleh kanta mata perlukan dos tinggi bagi vitamin C untuk membuang dan menghalang radikal bebas yang terbentuk daripada kesan cahaya matahari.