Tingkatkan ketinggian sebanyak 3 inci dalam seminggu, ini 5 tip yang boleh dilakukan
Memang jealous bila tengok orang sekeliling tinggi-tinggi belaka. Bila berjalan bersama terasa seperti Menara KL dengan The Weld. Itu yang harap sangat hendak tinggi juga!
1. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Dua jam pertama sewaktu tidur adalah penting kerana pada masa inilah hormon pembesaran dilepaskan dalam sistem oleh kelenjar pituitari.
Apabila badan tidak cukup tidur, hormon yang dilepaskan berkurangan.
Sebab itu jika anda ingin tinggi, pastikan anda peroleh tidur yang cukup iaitu antara lapan hingga sembilan jam.
Pastikan anak tidur lena
2. DIET YANG SEIMBANG
Salah satu cara cepat tinggi paling berkesan adalah melalui pemakanan.
Oleh itu, anda perlu banyakkan pengambilan makanan berikut:
- tinggi protein seperti susu, ikan, telur dan daging
- kaya kalsium seperti bayam, yogurt dan kale
- cukup dengan zink seperti tiram, labu, kambing, kacang, ketam dan wheat germ
- vitamin D seperti ikan, alfalfa dan cendawan
- Kanak-kanak memang susah untuk diajar makan sayuran dan apa saja berkhasiat.
3. ELAK MAKANAN YANG BOLEH MENGGANGGU PROSES KETINGGIAN
Kafein, junk food dan makanan mengandungi banyak gula adalah ancaman yang terbesar jika ingin tinggi.
Elak daripada mengambilnya dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak.
Ia mengandungi pelbagai bahan yang tidak elok untuk tumbesaran tulang.
junk food
4. LAKUKAN AKTIVITI YANG MEMBANTU MENINGKATKAN KETINGGIAN
Terdapat pelbagai aktiviti yang jika dilakukan boleh meningkatkan peluang untuk menjadi tinggi.
Antaranya berenang, hanging exercise, toe touching, super stretch dan lompat tali.
Yang penting, pastikan anak anda sentiasa cergas sepanjang hari. Bukannya menghadap televisyen dan gajet.
5. JANGAN LAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MEMBANTUTKAN KETINGGIAN
Malnutrisi adalah penyebab paling utama di kalangan kanak-kanak yang tidak dapat meninggi secara normal.
Ia berpunca daripada pemilihan makanan yang tidak berkhasiat mahupun amalan pemakanan yang buruk sehingga menyebabkan makanan tidak dapat dihadam dan diserap nutrisinya.
Masalah obesiti, pengambilan rokok, dadah, alkohol dan steroid pada usia muda juga boleh membantutkan ketinggian.
SESUAI DIPRAKTIKKAN UNTUK ANAK KECIL & REMAJA
Cara cepat tinggi ini hanya sesuai untuk mereka yang masih dalam peringkat membesar kerana masih ada peluang untuk meningkatkan ketinggian.
Bagi mereka yang sudah mencapai umur lewat 20an dan ke atas, ia tidak praktikal kerana tulang sudah berhenti membesar.
Apapun, elak membeli pil yang menjanjikan peluang menambah ketinggian apabila dimakan.
Bukan mudah untuk menjadi tinggi dengan hanya menelan bermacam-macam pil. Sudahlah membazirkan duit, impian untuk menjadi tinggi tidak tercapai kerana pil yang dimakan menyebabkan penyakit lain yang datang.