Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap

Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap

Bahasa baru yang saya pelajari sejak dua tiga tahun kebelakangan ini di kalangan mereka yang baru bekerja atau baru naik pangkat adalah tai chi. Masing masing nak lepaskan kerja dan tanggungjawab sendiri pada orang lain. Nampak orang seperti ini smart tapi hakikatnya mereka adalah golongan yang sesat jalan dalam mencari nafkah. Dulu berpuluh tahun saya bekerja, tiada kedengaran istilah seperti ini.  

Masing masing dibayar gaji untuk skop tugas dan tanggungjawab tertentu. Tapi masih ada yang curi tulang dengan membebankan orang lain dengan kerja yang dia patut lakukan. Kadang kadang bila hati hitam, memang tidak ada rasa bersalahpun bila semudahnya pass kerja sendiri pada orang lain. Saya menulis tentang apa yang sebenar berlaku. Saya yakin Allah akan melindungi saya. Justice will prevail. 

Ingat apa yang ustaz pesan, tempat orang berdosa adalah dalam neraka. Jangan pandang ringan. Itu sebab kena belajar agama juga dan apply dalam kehidupan. Kedua duanya tidak dipisahkan. Kerja adalah ibadah. Mana mungkin curi tulang dalam ibadah. 

Yang jadi boss pula, jangan suka membuli kerana bukan anda yang membayar gaji pekerja bawahan anda. Berbeza dengan maid di rumah anda yang anda bayar gaji dan anda boleh arahkan mereka apa sahaja. Atau boleh sahaja berhentikan mereka atau menyuruh mereka berhenti. Itupun kena ada cara dan batasnya juga. 

Kena ingat jawatan adalah satu amanah dan salahlaku, apalagi penganiayaan terhadap manusia lain, maka neraka lah jawabnya. Cukup setakat ini coretan saya. Fikir fikirkan jika anda berada dalam kategori ini. Sekarang kita masuk bab cekodok pisang pulak. 

Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap

Cekodok atau dipanggil juga sebagai jemput pisang. Kenapa dipanggil jemput pisang, saya pun tak pasti. Agaknya sebab adunan dijemput dengan menggunakan jari sahaja ketika menggoreng. 

Saya pun tak tahu kenapa susah sekali untuk mendapat cekodok sedap bila dibeli. Bukan susahpun untuk menyediakan cekodok. Apakah kerana mahukan untung yang tinggi sehingga cekodok keras dan tiada rasa pisang. Janganlah macam tu. 

Berniaga dan cari rezeki biarlah barakah. Bila orang makan sedap dan puashati, kita juga yang dapat pahala. Pahala adalah alat urusniaga dan transaksi di akhirat kelak. Semua hutang dan ganjaran dibayar dengan pahala atau dosa. Jangan jadi muflis di akhirat, bila pahala yang ada terpaksa diberi pada orang lain. 

Yang paling teruk, bila tiada lagi baki pahala, hutang dibayar dengan kita mengambil dosa mereka. Sama juga lah dalam tai chi kerja di atas. Jangan tersenyum di dunia kerana dapat kulikan orang lain kerana ianya semua pasti tercatat di dalam buku catatan harian anda sebagai hutang. Hahaha jangan cakap akak tak payung ya.

Jom layan cara saya menyediakannya dan juga video di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap

Cekodok Pisang

Bahan bahan:
12 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
Sedikit garam

Cara cara:
Pisang dilenyek hingga hancur. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. Akhir skali, masukkan tepung gandum. Kacau rata.

Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap

Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap

Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap

Panaskan minyak di dalam kuali. Samada menggunakan sudu atau dijemput dengan jari, masukkan adunan ke dalam kuali. Setelah keperangan, dibalikkan.

Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap

Setelah masak, angkat dan tos. Sedia dihidangkan. Sedap dimakan ketika masih panas.

Cekodok Pisang Yang Lembut dan Sedap


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel