Masak Lemak Pucuk Ubi Tumbuk Yang Sangat Sedap
Setiap orang perlu menpunyai best friend yang boleh berbicara tentang masalah yang mungkin sukar difahami oleh kawan kawan lain. Contoh best friend di tempat kerja, best friend di kawasan perumahan dsb. Bila saya berbicara tentang work harassment, bab buli di tempat kerja, seorang sahabat sama tempat kerja boleh memberi nasihat kerana memahami situasi yang diperkatakan.
Jadi pentingnya mempunyai sahabat baik. Sahabat baik bukan sahaja sudi mendengar tetapi juga akan memberi nasihat yang betul, bukan nasihat yang hanya sedap di dengar atau dibaca. Teringat seorang sahabat di tempat kerja saya menasihatkan supaya saya menjaga diri supaya tidak berada dalam situasi stress bila saya bercerita bab politik di pejabat. Beliau menambah supaya menjaga kesihatan fizikal dan mental dan peruntukkan masa untuk diri dan keluarga. Betapa terasa keikhlasan seorang sahabat yang baik.
Saya sangat setuju dengan apa yang dinasihat, kita kena sayangi diri kita. Tapi tidak bermakna kita perlu membiarkan diri terus ditindas. Ramai yang sesat dalam mencari rezeki. Mereka lupa dosa dengan sesama manusia sangat berat. Tidak bermakna pergi umrah setiap tahun, dosa sesama manusia terhapus begitu sahaja.
Takuti doa orang yang dianiayai kerana doanya tiada hijab dengan Allah. Adakalanya saya merasa sangat kesian dengan mereka yang tidak diberi jalan untuk melihat cahaya kebenaran dalam menjalankan amanah dan pekerjaan.

OK sekarang kita masuk bab resepi pula. Masak Lemak Pucuk Ubi Tumbuk ini saya belajar dari Ros, pengasuh yang menjaga Ammar. Memang berbau wangi dan rasanya pun sangat sedap. Cara menyediakannya pun sangat mudah. Cuma yang agak remeh sedikit sebab mahu menumbuk daun pucuk ubi.
Namun keremehan itu berbaloi baloi kerana hasilnya, lauk yang sangat sedap. Saya makan nasi menambah nambah sehingga 3 kali. Siap meratah ratah lagi. Anak anak yang sebelum ini tidak suka makan sayur, pun ikut makan sayur kali ini.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Masak Lemak Pucuk Ubi Tumbuk
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 cekak pucuk ubi kayu
1/2 batang bunga kantan
Segenggam buah terung pipit
Segenggam isi petai
1/2 kotak santan kotak - guna santan segar lagi sedap
Gula
Garam
Bahan tumbuk kasar:
4 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
Cara cara:
Tumbuk kasar bawang dan cili padi. Kemudian masukkan hirisan bunga kantan dan tumbuk kasar. Masukkan pula terung pipit dan ditumbuk kasar. Cedukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Masukkan pula daun pucuk ubi ke dalam lesung batu dan ditumbuk sehingga agak hancur. Tumbuk sehingga habis. Masukkan petai bersama pucuk ubi.
Masukkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya mendidih.
Masukkan bahan tumbuk, pucuk ubi tumbuk dan ikan bilis. Kacau rata sehingga pucuk ubi lembut. Masukkan sedikit gula dahulu untuk mengekalkan warna daun pucuk ubi.
Masukkan santan dan tambah air secukupnya. Masukkan garam.
Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Sangat sedap dengan bau bunga kantan. Selamat mencuba...