Ikan Selar Goreng Berlado Yang Sangat Sedap
Saya teringat akan kuliah Ustaz Kazim dari youtube di mana kita boleh belajar semua perkara dari mereka yang lebih tua atau yang terlebih dahulu mengalaminya kecuali perkara kematian.
Contoh adik boleh mendengar dari seorang abang pengalaman beliau bersunat. Atau seorang adik boleh belajar dari kakak tentang sakit atau tidak bertindik telinga. Semuanya boleh diceritakan. Tetapi pengalaman mati dan apa terjadi selepas mati tidak dapat dipelajari kerana orang yang mati tidak dapat hidup semula untuk bercerita pengalaman kematiannya.

Begitu juga dengan saya. Saya melihat bagaimana pengalaman bila kita meningkat usia dari kanak kanak, remaja dan alam dewasa. Saya melihat bagaimana arwah Bonda dan kakak kakak mengalami proses perubahan usia. Dari pengalaman mereka, saya mengambil iktibar bila tiba saat saya pula mengalaminya.
Contoh yang mudah, jika dulu saya melihat arwah Bonda pernah mengalami gatal alahan,baru kini saya memahaminya apabila saya juga mulai mengalami alahan dengan makanan tertentu. Maksudnya kita boleh tengok dan lihat sendiri. Contoh lain bagaimana seorang yang berusia kerap sendawa apabila kita mengalaminya suatu hari kelak. Bila kita muda, kita akan berkata atau tertanya, kenapa seseorang asyik sendawa. Setelah kita mengalamiynya, barulah kita faham.
Tapi tidak dalam bab kematian. Tiada seorang yang mati boleh bangun dan bercerita pengalaman mereka melalui sakaratul maut, sakit bila nyawa meninggalkan jasad dan ke mana roh berada ketika itu.
Sebagai seorang Islam, kita akan berpandukan Hadis dan Al Quran. Al Quran menyampaikan kisah kisah yang telah berlaku dan yang akan berlaku untuk manusia mengambil iktibar.
Sebagai seorang Islam, kita akan berpandukan Hadis dan Al Quran. Al Quran menyampaikan kisah kisah yang telah berlaku dan yang akan berlaku untuk manusia mengambil iktibar.
Ikan selar goreng berlado adalah antara lauk kegemaran saya yang tidak pernah menjemukan. Ikan selar sendiri sangat sedap, hatta digoreng garam kunyit sahaja. Tetap sedap.
Tetapi agak merisaukan bila melihat kenaikan harga barang makanan dewasa ini. Hubby beli 6 ekor ikan selar bersaiz sederhana dengan harga RM20. Memang terkejut saya dibuatnya. Bagaimana lah nanti anak cucu akan membayar harga yang tinggi untuk barang keperluan asas.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...
Ikan Selar Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4-5 ekor ikan selar - lumur garam kunyit
1 biji buah tomato - kisar hancur
2 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula
Bahan tumbuk:
5 tangkai cili merah - saiz panjang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng garing ikan selar. Angkat dan tos.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili kisar masak.
Masukkan tomato yang dikisar sedikit halus. Kacau rata. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Sesuaikan rasa.
Akhir sekali, masukkkan ikan yang telah digoreng. Kacau rata sambal berlado dengan ikan.