RESIPI AISKRIM POTONG KACANG MERAH HOMEMADE
RESIPI AISKRIM POTONG KACANG MERAH HOMEMADE
BAHAN A
200gm gula pasir
(kalau rasa tak suka manis sangat boleh kurangkan)
3s udu besar susu tepung
350ml air
BAHAN B
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
-campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.
BAHAN C
80gm susu pekat
500ml santan pekat atau susu cair 2 tin
250gm kacang merah ( dalam tin / buat sendiri )
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
Daun Pandan
garam secukup rasa
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.
2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masuk kan bahan C. Bila mendidih, matikan api.
3. Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim .
4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.
Kredit Resipi :
Nur Atikah