Resepi Ayam Panggang Serai Air Asam

 


Resepi Ayam Panggang Serai Air Asam


Ayam Panggang Serai

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam – size sederhana jangan besar sangat (ikut suka nak panggang bulat atau nak kerat 4)

Bahan Perap –

7 ulas bawang putih – tumbuk halus

3 batang serai- hiris nipis-nipis, kemudian tumbuk halus

1 sudu besar penuh serbuk (kasar) lada hitam

3 sudu besar gula perang

2 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil paprika

1 sudu kecil cajun

4 sudu besar minyak jagung

1/2 biji perahan limau nipis

Garam secukup rasa

Aji – optional


Cara Buat:

1. Satukan dan gaul sebati bahan-bahan perap, kemudian lumurkan rata-rata pada ayam.

2. Perap ayam paling kurang 4 jam atau perap semalaman dalam peti sejuk.

3. Setelah masa perapan cukup, bakar ayam pada suhu 200c selama 1 jam 20 minit atau sehingga ayam cukup masak.


Cara Buat Air Asam

Bahan-Bahan:

1 kuntum bunga kantan – hiris nipis

Sedikit hirisan daun ketumbar

Sedikit hirisan daun kesom

Sedikit hirisan daun bawang

1 ulas bawang kecil – hiris nipis

1 sudu kecil serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder)

4 sudu besar sos ikan

3 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar) – kalau takde boleh ganti dengan gula perang

1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi- cairkan dengan sedikit air panas

2 sudu besar thai chilli flakes

3 biji limau nipis- ambil perahan jusnya sahaja

1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional


Cara Buat: 

Satukan semua bahan-bahan, kacau sebati. Sesuaikan rasa, siap untuk dihidang bersama ayam bakar.



Resepi : Adnilsam Apat

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel