Resepi Talam Permata Keladi

 


RESEPI TALAM PERMATA KELADI

Resepinya 
(Loyang saiz 8 inci)

Lapisan Bawah
1 cawan ubi keladi dipotong dadu ( rebus hingga empuk dengan sedikit pewarna ungu.. toskan)
2 cawan santan sederhana pekat
1 sdb gula pasir
1 sdt garam
1 cawan tepung gandum

Caranya
Panaskan kukusan hgg air mendidih... sapu marjerin / minyak pada loyang dan lapik dgn plastik. .

Kisar semua bahan kecuali keladi.. tuang dlm periuk dan masak seketika hingga naik wap ( api sederhana perlahan dan sentiasa kacau) bila da naik wap.. masukkan keladi. . kacau dan tuang dlm loyang. .kukus 20minit. . . cakar2kan sikit atas permukaan kuih..

Lapisan Atas

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1 1/2 sdb tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1/2 cawan gula pasir
1/2 sdt garam
Sedikit pewarna ungu
Sedikit perisa keladi ( x de pun x pe)

Caranya
Kisar semua bahan dan tuang dalam periuk.. masak hingga naik wap (5 minit lbh kurang) sentiasa kacau.. da naik wap tuang atas lapisan bawah yg da dicakar2 tadi.. kukus 30minit. .siap.. Biarkan betul2 sejuk baru potong guna pisau plastik. .

Tips= Setiap 6- 7minit lap bawah penutup kukusan supaya air x menitis atas kuih(hanya untuk lapisan atas jer.. yg lapisan mula2 x perlu pun x pe)
X perlu balut tutup kukusan. .



Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel