Resepi Burger Malaysia
RESEPI PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis kering brand Mauripan
2 sdb gula pasir
( Satukan semua dalam satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6minit lebih kurang )
Bahan B
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sdb butter
2 sdb susu pekat manis
1 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
1/2 sdt baking soda(effect rangup kulit burger tu nanti)
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10mnt...peram dlm bekas bertutup 10 mnt..tabur tepung dlm talam..bulat2kan doh..ikut saiz yg dikehendaki..tekan sikit atas doh tu..susun dlm talam..buat hingga siap..peram lg 18-20 mnt dan bolehlah digoreng..guna api sederhana..sentiasa balik2kan
SAMBAL BILIS(khas utk burger Malaysia jer yer)
Resepinya
2 genggam ikan bilis ( digoreng.. toskan)
1 biji bawang besar ( hiris )
2 sdb sos cili
1 1/2 sdb gula
Sedikit garam
Bahan perasa jika perlu
1/2 cawan air
1 1/2 senduk minyak masak utk menumis
Bahan kisar
10-12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3- 4 ulas bawang putih
Caranya
Panaskan minyak masak. . tumis bahan kisar. .masukkan gula.. tumiskan hingga betul2 naik minyak dan cili berubah warna. . masukkan sos cili..kacau.. masukkan bawang hiris dan ikan bilis serta air..bila agak pekat masukkan garam dan bahan perasa. .
Jangan curang resipi yer
BY MARIANA ZAINAL