Resepi Popia Goreng Bersira

 


RESEPI POPIA GORENG BERSIRA


Resepinya

50pcs kulit popia

1 sdb tepung gandum ( bancuh guna air 4-5 sdb nk jadikan pelekat)


Bahan Inti

1/2 biji kobis (hiris nipis)

3 batang lobak merah ( sagat)

4 biji tauhu ( goreng dan potong dadu)

1 biji bawang besar ( potong dadu )

Segenggam udang geragau (basuh n toskan)

Sedikit isi ayam ( jika suka )

Sedikit garam


Caranya

Panaskan 1/2 senduk minyak. .tumiskan bawang dan udang geragau. . masukkan isi ayam.. bila isi ayam da empuk..masukkan semua sayuran.. tauhu dan sedikit garam. Kacau hingga agak layu.. tutup api...toskan untuk buang air dlm sayuran.. biarkan sejuk seketika. .

Ambil sekeping kulit popia. .masukkan inti.. gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan.. buat hingga siap. .Goreng guna api perlahan hingga betul2 garing.. toskan..


Bahan Sira(sos popia)

20-25 tangkai cili kering(ikut suka pedas)

3 ulas bawang putih

1 cawan air

(Kisar bahan di atas hingga betul2 halus)

2-3 sdb sos cili(nak gantikan air asam jawa pun boleh jer)

2 senduk gula pasir


Caranya (nak tumis pun boleh) yg ni sira versi tak tumis

Satukan semua bahan sira..masak guna api sederhana perlahan hingga likat dan agak pekat..tutup api..

Biarkan suam atau sejuk...

masukkan popia dan kacau hingga rata. .. pastikan sambal menyaluti semua popia.. dan letak dlm talam.. pastikan popia tidak bertindih/ bertindan supaya popia tetap ranggup..

P/S=untuk kekalkan keranggupan..bleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yg da siap disira.. nk letak bijan yg da disangan pun boleh. .

Sos popia juga bleh disimpan dlm bekas bertutup jika xnk sira... goreng popia hingga garing... toskan dan sapu jer sos pada popia..

tabur bawang goreng..

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel