Resepi Paru Goreng Berlada
Resepi Paru Goreng Berlada
Bahan-bahannya:
Paru Lembu
3 senduk cili kisar
2 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih*
*Ditumbuk lumat
2 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
gula dan garam secukup rasa
1 biji bawang besar @ holland - hiris bulat
Cara-caranya:
1. Perap seketika paru dengan jus limau kasturi. Cuci bersih, dan rebus agak empuk.
2. Hiris nipis paru tadi dan gaul dgn serbuk kunyit + garam sedikit dan goreng agak garing. Toskan minyaknya. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai biarkan sekejap.Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk lumat kacau hingga naik bau masukkan cili kisar kacau sehingga pecah minyak.
4. Bila pecah minyak masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau.
5. Masukkan paru yang sudah digoreng tadi dan gaul last sekali masukkan bawang besar@holland.Kacau rata, biar seketika dan bolehlah dihidangkan