Resepi Paru Rendang Hijau
Resepi Paru Rendang Hijau
Bahan-bahan:
1 kilo paru direbus dan dipotong kecil-kecil
250 gm santan pekat
3 sdb kerisik
2 helai daun kunyit dihiris halus
garam, gula dan perasa
1 labu bawang besar*
10 ulas bawang kecil*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
6 batang serai*
5 biji cili hijau*
15 biji cili api*
Cara membuatnya:
1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * sehingga halus.
2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar, paru dan santan. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan kerisik. Kacau lagi, masukkan garam, gula, serbuk perasa , hirisan daun pandan. Biarkan sehingga agak pekat barulah diangkat.
4. Sedap dimakan dengan nasi panas atau ketupat daun palas.