CHEEZY WEDGES HOMEMADE
CHEEZY WEDGES HOMEMADE
Kentang secukupnya..terpulang nak banyak mana...basuh bersih2..jangan buang kulitnya tau..kemudian rebus 10 minit..nak kukus pun boleh..kukus 15 minit..
Kemudian..potong2 kentang tu..jangan terlalu tebal..nanti x sedap..
Bahan batter
3 senduk tepung bestari
1/2 senduk tepung jagung
3 sdb tepung beras
Air secukupnya
(bancuh semua bahan ini macam bancuhan kita nak buat pisang goreng)
Caranya
Panaskan minyak..celup kentang dalam batter..goreng kentang dlm minyak yang panas hingga garing..toskan...
BAHAN SOS CHEESE
3 sdb butter
2 sdb tepung gandum
1 kiub pati ayam
3 cawan susu segar
10 keping cheese slice
1 sudu teh lada hitam
Pewarna kuning telur
Garam
Gula
Caranya
Panaskan kuali masukkan butter..bila butter dah mencair masukkan tepung gandum..
Kacau sehingga sebati dan masukkan susu segar, kiub pati ayam, serbuk lada hitam..
Kacau hingga sebati guna api perlahan..bila dah mendidih masukkan cheese yang dah di carik2..masak hingga cheese larut..titiskan pewarna..
Masukkan gula dan garam..sesuaikan rasa..
Jika cair tambah sedikit larutan tpg gandum..dan masak semula..jika pekat bleh tambah air panas atau susu segar..
p/s Sos ni bleh simpan lama..sebab kuantiti yang banyak..Kalo nak tambah serbuk cili dalam sos tu pun boleh.
Kredit Mariana Zainal