Resepi Cencaru sumbat Sambal Portugis
Resepi Cencaru sumbat Sambal Portugis
Mana geng surirumah yang orang dok kata dok umh goyang kaki pemalas haa masuk.Cencaru sumbat sambal portugis daun pishanggggg
Resepi Cencaru sumbat Sambal Portugis cara MamaUna
Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan.
Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu.
Bahan-bahan sambal
Daun kesum racik2
Bunga kantan hiris nipis2
15biji Limau kasturi/cuit(perah amik air)
Gula
Garam
Secukup rasa
Aji (ikot masing2)
*1biji bawang besar
* 3 biji Bawang kecil
*3 biji Bawang putih
*Sedikit belacan
*1biji Tomato
*15 tangkai Cili kering direbus
*3 cili besar hijau
*10 cili api
Cara masak
Blend kasar2 semua bahan bertanda*
Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak.
Bila sambai dh masak,masukkan air asan limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum.
Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa klo nk letak aji boleh jgk.
Kacau-kacau lagi dan rasakan.
Bila dh pekat tutup api dan masukkn dlm cencaru td belah belakang sumbat sambal td.
Goreng dgn garing.
Angkat dan boleh letak lagi sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng td.
Siap makan dengan nasi panas-panas
Kalau nak bakar pun boleh ikut cara masing-masing
Ikan apa2 pun boleh juga ikut selera masing-masing
Credit : Una Husna