Resepi Pulut Panggang

 



Resepi Pulut Panggang


Bahan pulut

  1. 5 cawan beras pulut (direndam 2 jam/semalaman)
  2. 1 sudu teh garam
  3. 2 1/5 cawan air

Cara membuat

  1. Basuh beras pulut yang sudah direndam dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan sedikit garam
  2. Masak atas api kecil sehingga air kering/ beras pulut masak


Bahan serunding

- 300gm kelapa parut

- 35gm ketumbar

- 35gm jintan halus

- 150gm cili kering (dikisar)

- 2 biji bawang besar

- 5 ulas bawang putih

- 15gm ikan bilis

- Gula kastor

- Garam

- 6 sudu makan minyak masak

- 1 cawan air


Cara membuat serunding

  1. Kisar cili kering bersama bawang besar, bawang putih dan ikan bilis
  2. Kisar kering ketumbar dan jintan halus
  3. Panaskan kuali & masukkan minyak. Setelah kuali panas, masukkan bahan kisar cili dan bahan kisar ketumbar & jintan lalu ditumis sehingga pecah minyak/ naik bau
  4. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Masukkan air
  5. Sementara menunggu air kering, masukkan garam & gula kastor dan sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Jika mahu pedas, kurangkan sedikit gula
  6. Kacau sehingga air betul-betul kering dan rasa secukupnya dan matikan api


Bahan gulung pulut

- Daun pisang (potong saiz 5 inci)

- Lidi/stapler

- Sedikit minyak masak


Cara menggulung

  1. Daun pisang yang siap dipotong perlu dilap terlebih dahulu sebelum digulung
  2. Ambil daun pisang & sapukan sedikit minyak masak
  3. Ambil sedikit pulut, lenyekkan di atas daun pisang & layarkan di atas pulut yang sudah dilenyek tadi
  4. Sambil pegang tepi daun pisang, gulungkan sehingga pulut dibungkus dan kelipkan dengan lidi/ stapler
  5. Buat sehingga habis dan akhir sekali, panggang semua pulut yang selesai dibungkus atas pan/ grill. Sedia untuk dihidang!


SELAMAT MENCUBA!




Kredit : Dapur & Bakeri Loli

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel